'Betul ke tu gambar (lucah) kau Aina?' - Gadis terkejut gambarnya di Instagram dicuri dan dijual dengan gambar lucah RM30

November 22, 2017

'Betul ke tu gambar (lucah) kau Aina?' - Gadis terkejut gambarnya di Instagram dicuri dan dijual dengan gambar lucah RM30


"Tolong report Instagram ni!" demikian tweet yang dimuat naik oleh seorang gadis yang kesal gambarnya disalahgunakan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh. 

Mangsa, Aina (@nuaimesha), mendakwa gambar-gambarnya di akaun Instagram telah diambil oleh individu yang tidak bertanggungjawab, yang kemudian dimuat naik ke akaun Instagram @hayatiaite465 berserta dengan gambar-gambar lucah yang nampak seakan-akan dirinya. 

"Dia ambil gambar aku dan bila swipe sebelah, dia masukkan gambar perempuan yang serupa muka aku. 

"WTF do, kau siapa?? Orang ingat tu aku!! Gigih dia cari muka orang yang seakan muka aku," katanya. 





Difahamkan, gambar kawan-kawan Aina juga turut menjadi mangsa individu berkenaan. 

"Orang ini dah tak ada kerja lain ke nak buat? Gambar aku tu dahlah sepatutnya terbalik ke bawah, gigih dia screenshot bagi straight balik kan. 

"Pastu gambar ini, tahun lepas aku upload dan aku upload kejap saja, kemudian delete sebab rasa tak lawa. Ini pun ada! Ee tak boleh terima betul. Sudahlah gambar lucah sia," katanya.


Ekoran tersebarnya gambar-gambar ini, ramai rakan-rakan menghubungi Aina bertanyakan tentang kesahihan gambar berkenaan. 

"Ramai gila yang mesej dan tanya betul ke gambar tu aku. Wehh! Kalau aku dapat taulah siapa yang buat ni. Eee geramnya. Siap jual RM30 gais, kononnya ada gambar bogel. Teringin juga aku nak PM dia, macam mana gambar bogel itu. Hahaha! 

"Ada juga gambar orang lain yang dia cari gambar sesiapa muka serupa dengan orang itu. Dia upload macam before after gitu. 


"Contohnya begini, aku tak rasa gambar yang bogel itu adalah orang yang sama dengan gambar perempuan bertudung itu sebab ada perbezaan pada muka. Tetapi seiras juga. Gigihnya dia mencari. 

"Yang kelakarnya, aku dah tahu kenapa dia ambil gambar aku pakai baju merah, sebab nak match dengan gambar yang dia nak masukkan (yang lucah tu) sebab gambar itu pakai baju/tudung merah. Psiko!" katanya.

Bagaimanapun, akaun @hayatiaite465 telah ditutup oleh pihak Instagram selepas mangsa membuat aduan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan. 


Sementara itu, Aina mengesyaki individu terbabit telah lama memerhatikan akaun Instagramnya, namun masih mencari bukti. 

"Kitorang ada syak someone dan aku tengok orang yang aku syak itu dah tengok story yang aku buat malam tadi dan selepas itu aku tengok akaun Instagram dia private. 

"Dia lelaki, tak boleh nak beritahu lagi sekarang sebab belum pasti 100%. Tengah mencari bukti. 

'PADAN MUKA, SIAPA SURUH UPLOAD GAMBAR SELFIE DALAM MEDIA SOSIAL?'

"People be like 'padan muka siapa suruh upload gambar selfie dalam media sosial'. Okay, okay, tahu salah sendiri upload gambar di media sosial tetapi masalah saya sekarang ialah, orang yang buat itu, boleh diterima ke? Itu saja. 

"Aku upload ini pun memang nak orang tahu secara meluas sebab ramai yang pernah tengok gambar itu dan tanya 'betul ke tu gambar kau Aina?'. Got it? Yes I know, salah sendiri yang upload gambar selfie and so on. Tapi this kind of guy mental do. Faham tak? 

Difahamkan, Aina telah berjaya mengesan individu yang melakukan khianat itu, namun tidak mendedahkan identiti individu berkenaan dan dia redha dengan apa yang berlaku serta berharap individu itu tidak mengulangi perbuatannya lagi. 

"Tak apalah, aku harap dengan jadinya begini, kau takut nak buat dah selepas ini. Bukan aku saja, untuk yang lain juga okay," katanya.

Previous
Next Post »
0 Komentar