'Bibir disiat sampai berdarah dan dibersihkan agar kulit bibir cepat pulih' - Gara-gara alahan ubat, wanita ini menghidap penyakit Steven Johnson

January 01, 2018

'Bibir disiat sampai berdarah dan dibersihkan agar kulit bibir cepat pulih' - Gara-gara alahan ubat, wanita ini menghidap penyakit Steven Johnson


Alhamdulillah, tahun 2017 banyak berlaku perkara tak terduga. Kakak sulung meninggal dunia dan saya sendiri jatuh sakit yang tidak disangka-sangka. 

Pada mulanya sakit gigi biasa, dah banyak gigi cabut tetapi masih sakit yang sama berlaku. Akhirnya buat CT Scan di Mahkota Hospital dan doktor diagnosed saya ada penyakit saraf trigemenal neuralgia, iaitu sakit saraf di bahagian muka, bersambung pada gigi ke otak. 

Bila terkena sakit itu, memang tak boleh nak makan, apatah lagi nak bercakap dan buka mulut sampa berat badan pun turun sampai 42 kilogram. Kemudian, doktor bagi ubat untuk tahan sakit dan susutkan bengkak saraf.

Bila makan ubat itu, seminggu saya asyik tidur sahaja. Mungkin disebabkan kesan dari ubat itu. Jadi bila asyik tidur, mata mula bengkak. Nak masuk dua minggum demam on dan off. Badan semakin lemah tetapi dah boleh mula makan seperti biasa. 

So bila next appointment, doktor kurangkan dos ubat. Tengok macam mana. Minggu ketiga, asyik demam dan mata semakin bengkak sehinggalah malam Rabu minggu lalu, aku menggigil. Husband and parent bawa ke KPJ. Sampai sana, suhu cecah 40'C. Doktor memang dah syak saya alergik ubat sebab muka dah mula merah-merah. Kemudian doktor kata platlet darah saya rendah dari orang normal. Itu sangat bahaya sebab platlet rendah itu boleh menyebabkan kulit kemerah-merahan dan takut sampai bleeding. Jadi doktor ambil keputusan hantar ke hospital naik ambulans.

Sampai di hospital, duduk di ICU sekejap untuk periksa tekanan darah apa semua sebelum ditolak ke wad. 

Saya duduk di hospital seminggu. Saya dirujukkan ke pakar kulut, mata dan bedah mulut. Dua hari di hospital, badan kaki dan tangan muka dah naik merah, rasa seperti terbakar pun ada. Dengan ulser yang banyak dalam mulut, mata merah bengkak. Masa itu memang down sangat. Nak makan pun tak boleh. 

Bila jururawat hantar pergi appointment pakar-pakar setiap pagi, mesti semua mata memandang muka saya. Pelik agaknya budak ini kena bakar ke macam mana. 

Kadang-kadang saya rasa seperti sukar untuk bernafas. Dada rasa seperti sempit. Bila nak menelan air, dada terasa sempit dan sakit. Doktor kata mungkin ulser dah sampai ke bahagian dalam. 

Seminggu di wad memang rasa mencabar. Terima kasih kepada mak, abah dan kakak-kakak saya sebab hired private nurse, Lala, untuk menjaga saya di wad, tolong mandukan, sapu krim, titik ubat mata, bersihkan mulut semua. 

Lala ini mulut becok, asyik melawak saja. Jadi saya tak adalah down sangat. Setiap pagi ada apointment berjumpa dengan pakar mata, kulit dan bedah mulut. Yang paling ngeri jumpa pakar bedah mulut sebab di sana doktor akan siat dan bersihkan kulit-kulit mati di bibir sampai berdarah agar senang kulit bibir pulih dengan cepat. Bayangkan awak sendiri nak siat kulit bibir pun rasa pedih. Apatah lagi bila orang lain yang buatkan. 

Genap seminggu, doktor benarkan saya keluar dari wad. Happy tak happy jugalah kan. Dok terperap dalam wad. Pastu bila orang lalu di katil mesti tertanya-tanya sakit apa sebab kes begini jarang berlaku. Bila keluar wad saya dah tak perlu hadap semua itu. Alhamdulillah. 

Kesimpulannya saya alahan ubat saraf yang saya makan itu. Nama penyakit saya ini Steven Johnson Symptom. Doktor kata penyakit saya ini tak semua orang macam saya. Ada yang serasi makan ubat itu dan ada yang jadi seperti saya. Nasib saya baik kerana cepat pergi ke hospital sebab benda ini kadang-kadang boleh mengancam nyawa. 

Kita tak terfikir pun alahan ubat kesannya sampai boleh jadi begini. Dah terkena pada batang hidung sendiri baru tahu. Tetapi itulah masalahnya, kita takkan tahu kita alergik ubat sampai kita cuba makan ubat itu, kemudian baru tahu.

Apa pun saya redha dengan aturan Allah SWT. Allah beri ujian besar untuk hambaNya supaya hambaNya lebih ingat kepadaNya. InshaAllah saya percaya perkara yang baik akan berlaku suatu hari ini pada saya dan keluarga. 

Di sini saya nak semua ornag tahu, saya sayang sangat pada keluarga saya dan kawan saya yang memberi sokongan moral, bantuan kewangan dan sebagainya. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa awak semua. Semoga semuanya diberkati Allah SWT. 






Antara gambar-gambar yang sempat dirakam. Bahagian badan paling banyak tetapi tak dapat didedahkan. Maaf kalau tak selesa tengok gambar-gambar ini. Saya cuma nak berkongsi tentang penyakit alergik yang ramai orang tak tahu.

Sumber: Nur Nabilah

Previous
Next Post »
0 Komentar