Bekas pegawai rakam bawah skirt ditahan polis

September 10, 2018

Bekas pegawai rakam bawah skirt ditahan polis


Susulan kejadian seorang bekas pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat onar di sebuah kedai cermin mata, kelmarin, polis telah menahan suspek pada jam 1 tengah hari tadi, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan di restoran di lokasi berkenaan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Akta 336). 

"Permohonan reman terhadap lelaki itu dijangka dibuat esok," katanya. 

Dalam kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, suspek dilihat mengubah tempat duduknya untuk mendekati mangsa yang sedang melakukan pemeriksaan mata pada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman. 

Suspek kemudian dilihat mengeluarkan telefon bimbit dan didakwa merakam bawah skirt mangsa. 

Mangsa yang dikenali sebagai Khee memaklumkan, dia menyedari tindakan suspek dan curiga dengan tindaknnya itu sebelum memeriksa semula rakaman video CCTV. 

Khee kemudian membuat laporan polis dan video kejadian itu juga turut diviralkan di media sosial. 

Ekoran itu juga, Azis kesal dengan tindakan pegawainya itu telah mengambil tindakan memecat lelaki itu serta-merta. 

BERITA BERKAITAN:

Previous
Next Post »
0 Komentar