'Jangan buat camni kat IKEA' - Netizen kecam tindakan individu buat onar dalam IKEA

March 27, 2019

'Jangan buat camni kat IKEA' - Netizen kecam tindakan individu buat onar dalam IKEA


Viral di media sosial gambar seorang lelaki berusia lingkungan awal 20-an memanjat rak penyimpanan barangan di gudang IKEA cetus pelbagai reaksi netizen. 

Menurut sumber, insiden itu berlaku di IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang yang baru saja dibuka pada 14 Mac lalu. 

"Tolong jangan buat begini. Setahu saya, IKEA tidak pernah menghalang sesiapa untuk merakam gambar di premisnya. Tetapi jangan panjat rak atau duduk di atas kotak barangannya. 

"Anda mungkin akan mengalami kecederaan yang tidak dijangkakan atau merosakkan barangan yang mungkin hendak dibeli oleh pelanggannya. 

"Lelaki ini kini berada dalam senarai pengawasan pihak IKEA Pulau Pinang.

"Tak kiralah di mana-mana premis IKEA, jangan panjat rak penyimpanan. Anda mungkin boleh terjatuh dan tercedera. Jangan bermain dengan troli IKEA di mana tindakan anda itu mungkin boleh melanggar orang lain, anak-anak pengunjung atau barang-barang IKEA. 

"Juga dinasihatkan untuk tidak duduk di atas kotak yang mengandungi perabot kerana ada sesetengah barangan itu rapuh atau kaca," kata sumber. 



Menurut netizen, dua minggu yang lalu pihak IKEA Damansara juga telah mengeluarkan larangan merakam gambar di bahagian rak penyimpanan barangan mereka yang dipercayai berpunca dari tindakan individu terbabit. 

Previous
Next Post »
0 Komentar