(Video) Rektum terkeluar dari dubur selepas duduk di tandas membuang sambil bermain game selama 30 minit
Seorang lelaki di selatan China terpaksa dikejarkan ke hospital pada tengah malam selepas menyedari terdapat 'bebola' misteri terkeluar dari duburnya, lapor Daily Mail.
Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Februari di Zhongsan, wilayah Guangdong, pesakit yang tidak didedahkan identiti itu terkejut apabila 'bebola' misteri itu terkeluar dari duburnya ketika sedang berada di dalam tandas untuk membuang air besar.
Pegawai perubatan dari Jabatan Pembedahan Gastrointestinal di Hopsital Universiti Su Yat-sen, Doktor (Dr.) Su Dan berkata, sebelum kejadian itu berlaku, lelaki terbabit berada di dalam tandas selama 30 minit untuk membuang air besar sambil bermain permainan telefon bimbit.
Difahamkan, lelaki berkenaan juga pernah mengalami masalah yang sama ketika berusia empat tahun, namun pulih apabila rektumnya secara semulajadi masuk ke dalam semula. Bagaimanapun, tindakannya mengabaikan rawatan susulan menjadi punca masalah itu berulang.
Dr Su berkata, perkara itu kebiasaannya berlaku pada golongan kanak-kanak dan orang tua sahaja. Sesetengah kanak-akanak, keadaan itu boleh dikaitkan dengan kegagalan fungsi semula jadi.
Walau bagaimanapun, pesakit yang pernah mengalami masalah berkenaan sejak dari awal usia bukanlah punca masalah itu berlaku. Tetapi ia berlaku kerana pesakit duduk dan menghabiskan masa terlalu lama di tandas sambil bermain permainan telefon bimbit.
Apabila pesakit cuba membuang air besar, aktivitinya itu boleh melemahkan otot-otot di pinggul dan dipercayai itulah punca kejadian tersebut.
Apabila pesakit cuba membuang air besar, aktivitinya itu boleh melemahkan otot-otot di pinggul dan dipercayai itulah punca kejadian tersebut.
Doktor pakar berjaya mengeluarkan benjolan tersebut dari pesakit pada hari yang sama dan dia kini sudah semakin beransur pulih.
Justeru beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah seperti itu segera mendapatkan rawatan secepat mungkin.
0 Komentar