Isteri bawa teman lelaki masuk ke rumah ketika suaminya pergi ke masjid untuk solat Subuh

September 26, 2020

Isteri bawa teman lelaki masuk ke rumah ketika suaminya pergi ke masjid untuk solat Subuh

Seorang isteri di Kota Langsa, Aceh, nekad berzina dengan teman lelakinya yang merupakan seorang Pegawai Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP). 


Wanita itu dengan beraninya membawa masuk teman lelakinya ke dalam bilik ketika suaminya pergi menunaikan solat Subuh di masjid. 


Penduduk yang geram melihat perbuatan curang pasangan itu akhirnya bertindak menangkap dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. 


Kejadian itu berlaku pada jam 5 pagi Selasa (22/9/2020) di Aceh, Indonesia dan kedua-dua individu itu telah pun mendirikan rumah tangga dan memilik anak. 


Si isteri yang dikenali sebagai AG sudah mempunyai empat anak, manakala pasangan curangnya, RD, 38, juga sudah memiliki isteri dan anak. 


Difahamkan, perbuatan pasangan itu sudah lama diketahui oleh penduduk kampung di mana lelaki itu seringkali datang ke rumah AG ketika suaminya tiada di rumah. 


Adakalanya, RD datang ke rumah AG ketika suaminya pergi solat maghrib di masjid dan pasangan itu sendiri telah mengakui perbuatan mereka itu. 


Lebih teruk lagi, mereka juga mengaku telah beberapa kali melakukan hubungan intim baik di rumah AG atau di luar. 


Ketika ditahan, pasangan itu mengaku sempat bercumbuan tetapi tidak sempat melakukan hubungan intim. 


Penduduk termasuk suami AG meminta kes itu diambil tindakan kerana telah mencemarkan nama baik kampung. 


Sumber: Serambi News

Previous
Next Post »
0 Komentar