'Moralnya, jangan bagi selagi tak menjadi milik kita' - Gadis kongsi pengalaman 'melabur' untuk tunang tetapi tidak dihargai

November 04, 2017

'Moralnya, jangan bagi selagi tak menjadi milik kita' - Gadis kongsi pengalaman 'melabur' untuk tunang tetapi tidak dihargai


Jangan terlalu percaya dan jangan mudah untuk memberi, itulah pengajaran yang kita dapat dari perkongsian kisah seorang wanita ini yang berkongsi pengalaman cintanya dikhianati oleh lelaki yang tidak mengenal erti bersyukur.

Bukan terlalu memanjakan atau memewahkan bekas teman lelaki, namun enggan melihat orang kesayangan berada dalam kesusahan menyebabkan wanita ini sanggup melabur ribuan ringgit untuknya. Malangnya lelaki ini, entah apa yang difikirkannya. Semoga bekas teman lelakinya berubah dan bertaubat dari terus menjadi tahi dadah. Semoga confessor lebih berwaspada dan dipermudahkan segala urusan.

AKU tak tahu nak cerita macam mana sebenarnya tetapi aku cubalah. Nah, korang bacalah thread ini. Girls ambil iktibar okey. 

Masa ini, kami baru kenal pada tahun 2013. Dia yang menegur aku dulu. Then a few month, kitorang pun couple. Actually dulu kami satu sekolah tetapi aku tak kenal dia. Selepas masuk kolej, baru kenal. 

Hubungan kami okey pada masa ini. Aku dah lesak sebab aku dah run business, aku angkat Vellfire. Myvi cash. Tiap-tiap bulan memang shopping saja. Tak ada yang kurang pun untuk dia. 


Aku mengaku aku memang sayang dan cinta giler pada dia sebab hanya dia saja yang memahami aku pada masa itu. Dulu dia okey, dia jenis pijak semut pun tak mati. Aku sayang dia sebab aku jumpa dia dari aku tak ada apa-apa sampai duit aku berkepok-kepok. Sebab itu aku hargai siapa yang ada dengan aku masa aku miskin. Sayang dia giler babi. 

Aku tak pernah berkira dengan dia. Pakaian dia always berganti. Aku tak suka tengok dia pakai baju yang sama setiap kali keluar. Kasihan. 

2015 kami bertunang. Bertunang pun sebab aku nak menyelamatkan dia dari seorang perempuan yang datang ke rumah, cakap dia mengandungkan anak tunang aku. So bapa perempuan itu nak tunang aku bertanggungjawab. 


Sebab sayangkan dia, kami bertunang pada 25 Julai 2015. Sepatutnya Sabtu itu dia kena nikah. Dah settled document, perempuan itu pula lari. Mungkin dia takut kalau DNA tak match, aku nak saman. Serius aku tak pandai cerita. Haha! Tapi aku cerita seringkasnyalah. 

(Actually kami pun tak faham dia cerita sinetron apa di bahagian pregnant, nikah, DNA apebenda ni??) 

Last year dia kena viral di Twitter yang dia cai weed di hotel dengan perempuan lain. Tapi aku bersabar dan masih maafkan dia. Bagi aku, aku pun tak lari dari membuat kesilapan. So aku jenis suka telan sampai kena pijak kepala. Mak aku tak suka dia, tapi aku buat tak tahu. 

Dia mula bekerja di Kuala Lumpur. Dia sewa dengan kawan-kawan, aku tak nak dia tak selesa, aku sewakan dia Urban360. Sebulan RM1,200 x 12 bulan. RM14,400 aku dah spent untuk dia. 




Untuk memudahkan dia nak bekerja, aku belikan dia R25 secara cash atas nama dia. Sebulan dua dia okey. Tiba-tiba kami bergaduh, dia berhenti kerja dari Bank Rakyat 24 jam. Aku pujuk, bagi semangat dan rasa bersalah sebab dia berhenti kerja selepas bergaduh dengan aku. Dia kata dia tak ada semangat dah bila orang cakap dia pendek akal. 

So dia masih duduk di Kuala Lumpur, begitu juga dengan aku. Semakin hari dia berani pula menjual ganja sampai letak ganja satu kilo dalam beg. Dah aku pula yang risau nak fikirkan dia. Kantoi pula melanc*p. 

Aku rasa macam jahat sangat cerita benda ni. Nanti aku delete thread ini okey? Aduh! Tapi itulah kenyataan, takkan aku nak reka cerita. Sampai satu tahap aku kelar tangan aku sebab aku stress sangat dengan dia. Aku rasa ini dah cukup untuk aku. Aku beritahu ibu bapa aku dan mereka hanya kata, "Sabar sajalah...". 


Then kami decide untuk putus. Last word dari mulut dia, 'Saya takkan halalkan apa yang awak makan dan apa yang saya masak'. Def*ck! Aku berdekah-dekah, nak je aku sebut satu persatu. Sebab itu aku fight untuk dapatkan motor aku itu. Dia tak nak bagi sebab dia kata motor itu atas nama dia. Sebulan juga aku bertabah mencari jalan macam mana nak dapatkan balik. 

Akak aku kenalkan aku dengan ayahanda. Aku cerita pada dia. Kami datang ke rumah dia. Ambil motor aku dah siap  buat report dan deal dengan ayah dia. Esok boleh pula dia kena tangkap dengan AADK. Dah nak tukar nama jadi susah, kena tunggu dia keluar. So dia keluar, bro dapatkan dia, pergi JPJ, tukar nama. 

Tukar di UTC, konon-konon dia lari pergi balai bawah. Polis tanya aku kenapa, aku pun cerita dan polis pun tak layan report dia. Keluar dari UTC, dia kena kicap dengan bro-bro ini semua. Terus hilang dia punya langsi. Lapan orang jaga dia, takut dia lari nak tunggu esok tukar nama. 

Keesokannya pergi JPJ Batu Berendam, tukar nama, selesai. Kau tak halalkan apa yang aku makan, apa yang kau masak. Dah alang-alang perangai kau macam itu, aku ambil hak aku. 

Sebab itu aku benci dengan orang negeri ******** sebab dia buat harta macam mak bapak dia punya. Padahal duit dia satu sen pun tak ada masa aku beli moto itu. Benci giler aku! 


Ini kalau aku tak halalkan yang kau mencekik atas Atmosphere ini. Haish, kat sini je aku dah habis RM800 je untuk kau dalam dua jam. Ala bodohnya alahai.

So moralnya kalau nak bertunang, jangan lama-lama. Jangan bagi selagi tak menjadi milik kita. Sayang boleh tapi jangan 100%. Nanti susahkan diri kau nak move on tak boleh sebab sayang. Dan jangan mengeluh dan jangan cakap aku tak boleh kalau dia tak ada. Sebab Allah itu ada yang lagi terbaik untuk kita.

Percayalah cakap aku, belajar redha walaupun sakit. Halalkan segala apa kau bagi dia. Yang mana boleh ambil balik, ambillah. Makan ke apa ke, halalkan saja. Anggap itu rezeki dia masa dengan kau.

Berkahwin dengan orang yang kita cinta dan sayang itu impian. Dia impian aku tetapi bukan jodoh aku walaupun kami sudah bertahun-tahun bersama. Tuhan kata bukan untuk aku, tetapi bukan. 


Sekian thread aku. Aku dah chill sebab dapat teman lelaki yang tak handsome tetapi baik gilerss! Kali ini target aku nak beli rumah besar untuk aku dengan dia. Doakan. 

SELEPAS THREAD VIRAL DI MEDIA SOSIAL



Apahal doee sampai viral. Aku nak delete thread yang lagi satu itu. Nanti viral lagi. Aku cuma share macam mana aku dari miskin sampai ada duit saja. 

Masa aku berumur 20 tahun, aku dah mula buat dropship. Masa itu business online ini tak famous seperti sekarang. Tapi aku tak online pun, aku buat secara offline. 

Sewaktu di kolej lagi, customer aku adalah kawan-kawan, lecturer. Entah rezeki tuhan bagi itu kan tak pernah salah alamat. Aku tak pernah pergi mana-mana kelas belajar business pun. 

Tapi sekerat jalan saja sebab pening pegang duit banyak-banyak. Yelah, dulu RM50 pun susah nak ada dalam akaun. Bila ada RM3,000 je dah rasa banyak. Sebab student kan. Haha! 

Aku pernah juga kerja di Pizza Hut Delivery di Kota Laksamana, Melaka. Jadi cashier and ride hantar pizza naik EX5. Lesen tak ada tapi lenjan. Hahaha! Tak sampai sebulan, aku berhenti sebab aku tak boleh bekerja dengan orang jenis dan aku jenis yang tidak suka diarah-arahkan. Tak suka diri ini terikat, jenis nak enjoy. 

So aku decide nak run business. Nak duduk rumah, kerja tetapi duit masuk. Aku jadi stokies one of product ini. Masa mula-mula memang struggled. Sebab duit cukup-cukup untuk modal saja. Tetapi uols yang mana betul-betul nak bekerja sendiri kena kuat, serius mental kena kuat.

Untung mula-mula sikit saja, tapi aku tak mengalah. Fikir kalau untung aku sehari RM50 x 30 hari dapatlah RM1,5000 duduk rumah boleh tengok TV. Kerja dengan orang dari jam 9-5 petang pun gaji sama juga. 

Tips aku selalu buat, solat Dhuha, dalam doa 'Ya Allah, permudahkan aku dalam urusan perniagaan. Berilah aku pakai kereta mewah, duit yang banyak.'. 

Hari-hari dhuha, aku doa benda yang sama. Ramaikan customer, jaga hubungan dengan customer dan ejen. Serius aku lahir memang dari keluarga yang sederhana. Tetapi itulah minta dekat Dia.

Tips lain, minta doa ibu bapa. 'Ibu doakan adik. Adik tak nak kaya tapi nak ada duit yang cukup boleh bagi ibu'. Betulkan niat kau dulu. Bulan pertama, aku bagi ibu RM2,500. Best tau bila dapat bagi ibu sebanyak itu. Sebab itu jangan pertikaikan apa yang aku beli untuk bekas tunang tetapi ibu bapa dah cukup ke? Aku utamakan ibu bapalah aku dapat sebanyak ini. 

Aku tak kaya seperti founder lain tapi aku rasa aku cukup semua. Dapat kereta mewah, dapat cash, dapat bahagiakan orang kita sayang. Niat aku, dah kahwin nak tolong suami. 

Tips lain, banyakkan kerohanian. Usaha, doa, tawakal. Kita business ibarat kais pagi makan pagi. Kau tak kais kau tak dapat. Usaha! Jangan main kotor. Saving paling penting. Jimat cermat. Sampai satu tahap aku boleh saving beratus ribu. Masa itulah aku tak berkira apa-apa dengan orang aku sayang, bukan sebab aku bodoh. Sebab aku ada duit. Uols cakap aku bodoh sebab uols tak ada duit banyak macam itu. Kalau uols ada, confirm uols automatic jadi pemurah sangat. 

Aku doakan uols dapat duit banyak dan pandai-pandailah atur macam mana. Aku dapat melancong pergi Korea, Jakarta sebulan dua kali sebab urusan business, jalan-jalan. Aku dapat hantar abah ke tanah suci bulan November tahun lepas. Tak nak dia keluar sesen pun sebab aku nak abah pergi dengan selesa tanpa menggunakan duit dia. 

Itulah sajalah. Tips aku, aku tak pernah belajar business, cuma kuatkan mental. Banyak bagi orang duit dan minta doakan aku berjaya. Itu saja. Ibu bapa jangan dilupakan. 

Siapa yang masih belum berhijab, do it now. Jangan lango sebab duit banyak. Dari beli baju seksi baik beli tudung, beli baju sopan-sopan. Yang ini aku baru hadam sebab aku nampak tuhan tarik nikmat aku satu persatu. Aku hilang orang yang aku sayang. Aku slow sikit, aku pemalas sebab aku tak jaga ilmu akhirat, sibuk dengan dunia. 

Nak start business tak tahu macam mana? Start modal jangan banyak-banyak. Sikit-sikit dulu. Dah ramai customer baru ambil stok banyak-banyak. Stok banyak aura rezeki pun masuk. Keep posting apa yang you jual, buang rasa segan dan jangan malu. Cantik itu kena cantik. Tak cantik pun kena confident saja macam cantik. Jangan mengeluh. Idea kena kreatif. 

Selalu buat live, kenalkan diri dulu baru orang akan percayakan kita. Sekarang scammer pun banyak, kan. So orang takut nak percaya seller seperti kita yang jujur ini. 

Doa penting, doa parents pun penting. Sebelum buat, tanya dia, dia redhakan ke tak. Kalau dia redha, baru start dan yakin dengan apa yang uols buat. 


Aku sayang baby Vell ini. Yelah, aku ingat aku mampu pakai Viva umur-umur macam ini. Tapi tak sangka tuhan bagi aku lebih dari yang aku nak. I still humble and always humble. 


Aku lagi sayang Myvi. Aku selalu guna Myvi. Aku guna Vellfie bila nak bawa parents jalan-kalan dan panaskan enjin saja. Sebab payah nak parking, leceh. 


Malas nak menunjuk-nunjuk sangat. Memang tak pandai nak menunjuk. Banyak-banyak yang aku ada, aku paling happy part ini. Nanti adik hantar abah lagi okey. 

Okey dah sekian thread. Nak business kena kental. Jangan sikit-sikit menangis. Konsisten, doa, tawakal, sentiasa positif dan yakin kita boleh. 

Previous
Next Post »
0 Komentar