Cemburu suami lebihkan isteri kedua, ibu arah anak dan rakan noda anak tiri sebelum mencabut nyawanya

September 07, 2018

Cemburu suami lebihkan isteri kedua, ibu arah anak dan rakan noda anak tiri sebelum mencabut nyawanya


Kerana cemburu, seorang wanita sanggup mengarahkan anak-anaknya dan dua remaja lain merogol anak tirinya berusia 9 tahun secara bergilir-gilir sebelum bertindak membunuhnya dengan kejam.

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui di dalam kawasan semak kira-kira satu kilometer dari kediamannya di daerah Baramulla, Kashmir pada Selasa lalu.

Bapanya membuat laporan kehilangan kanak-kanak malang itu, 12 hari lalu.

Pada 24 Ogos lalu, suspek membawa mangsa masuk ke dalam hutan. Suspek kemudian didakwa menjerut leher mangsa manakala anak lelakinya memukul kepalanya dengan kapak. 

Seorang rakan anaknya kemudian menyimbah asid bateri kenderaan ke atas mayat mangsa manakala seorang lagi mengorek biji matanya sebelum mayatnya dibuang di dalam semak.

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 28 tahun  bagi membantu siasatan.

Ketika disoal siasat, ibu tiri mangsa mendakwa suaminya terlalu melebihkan keluarga madunya dan mangsa pula merupakan anak kesayangan suaminya.

Jurucakap polis tempatan, Superintendan Imtiyaz Hussain berkata kesemua remaja itu mengaku bersalah melakukan jenayah berkenaan.

"Mereka akan dihantar ke pusat juvana dan diuruskan mengikut undang-undang juvana negara ini," katanya.

Sumber : mStar Online, Astro Awani

Previous
Next Post »
0 Komentar