'Kerana pokok diorang itulah, aku kehilangan mak'
Pemergian orang yang tersayang sukar untuk diterima apatah lagi asbab pemergian tersebut angkara sikap pentingkan diri orang lain. Walaupun tiada dendam, tetapi kejadian tersebut sudah pasti terpatri di dalam ingatan.
Kisah ini tiada kaitan dengan ilmu ghaib atau sikap dengki antara jiran tetangga. Tetapi kerana hobi yang terlalu gemar menanam pokok dan tidak menguruskan dengan baik tanaman mereka,menyebabkan satu nyawa yang tidak berdosa diragut.
DAH setahun lima bulan, cerita sebenar didedahkan. Ini belakang rumah aku. Punya jiran belakang rumah yang sayangkan pokok sampai tanam apa sahaja atas jalan tar. Atas jalan tar okay. Atas tanah sampai dah tutup jalan belakang rumah. Tapi kerana pokok diorang tu la aku hilang orang yang paling aku sayang, iaitu mak aku.
Ceritanya, jiran aku someone berumur baya-baya atuk-atuk ni asal dari kampung, tinggal dengan anak-anak dia yang dah besar. Suka tanam pokok. That's not a big deal actually. Mula-mula pokok ditanam dalam pasu. Segala jenis pokok ditanam. Lama kelamaan akar pokok tumbuh sampai dalam jalan tar.
Bila akar dah masuk dalam jalan tar,itu dah bahaya sebab boleh rosakkan longkang dan kadang-kadang akar boleh tembus sampai masuk ke rumah orang. But like normal. They act like normal. Tak ada rasa nak potong sampai jadi macam hutan rimba. Dah tutup jalan belakang rumah aku. Belakang rumah dah jadi macam hutan.
The worst habit is depa tak sapu langsung habuk or daun-daun kering belakang rumah. Daun-daun kering dah penuh dekat belakang. Boleh bayangkan daun pokok pisang kering banyak-banyak belakang rumah. I so called them as jakun pokok sebab agak-agak la nak biar tumbuh atas jalan tar.
Sebab dulu kitorang pernah pergi rumah kampung depa sebab ada wedding. First time aku sampai, like what. Tanah depan rumah punya besar sampai sumbat 15 khemah pun lepas. But sebatang pokok pun tak ada. Dekat taman jugak kau nak tanam pokok cempedak la, mata kucing bagai atas jalan tar. Bangang.
Double worst is anak-anak ramai but no one take responsibility and effort nak sapu belakang rumah sendiri dan sampah daun-daun kering yang terbang ke kawasan rumah orang. Aku kalau tiap balik cuti tengok belakang rumah mesti hangin. But my late mum just said “biar pi la kat depa”
Yes my late mum was so nice to people even orang tak faham bahasa macam ni ganggu kawasan sendiri. Aku pernah cakap kat mak aku “kalau belakang rumah dia Cina atau India, for sure kena saman da PBT datang buang pokok-pokok tu. Tapi nasib baik belakang rumah dia orang Melayu yang baik-baik.”
Yang aku paling risau ialah belakang rumah tu mak aku selalu ke situ sebab bagi makan stray cat dan kadang-kadang sidai kain yang besar-besar belakang rumah. Aku risau kalau ada ular sebab pernah ada kes kami tangkap ular kat kawasan pokok-pokok tu. Aku ingat lepas incident tu, depa nak tebang pokok-pokok hutan tu but macam biasa. Dungun tak sudah.
Until one day, friday 14/4/2007 10 pagi macam tu. Bapak aku keluar rumah pergi kedai. So dalam rumah tinggal mak dan nenek (ibu kepada mak aku). Mak aku tak pernah menyapu kat belakang rumah tu sebab kami tak bagi. My mum having asthma so memang allergic dengan habuk. Rumah pun aku tolong dia cuci sebab tak nak dia kena asthma attack.
Pagi tu mak aku prepare untuk sidai kain belakang rumah. But before that, dia ambik penyapu lidi. Then sapu lah sampah-sampah dan daun kering belakang rumah sendiri dan rumah sebelah-sebelah. Sebab dah terlalu banyak daun kering. Macam aku cakap, daun pokok pisang kering bersepah. Time tu panas sikit. A bit sunny.
So aku tahu mak aku jenis takut dengan ular. Aku pun takut dan geli. As a precaution untuk rumah sendiri dan untuk dia jugak yang nak sidai kain, dia tolong sapukan la sampah-sampah tu. Mana tahu terpijak daun kering tu ular ada kat bawah tu ke. Tengah musim panas pulak.
Tengah menyapu, tuan rumah tu keluar. But just keluar dan duduk dekat pintu dapur. Likewise, tiba-tiba jadi ramah sembang-sembang dari balik pintu dapur. Mak aku sambil menyapu sambil sembang la. Tengah sapu, habuk for sure naik. Then mak aku tiba-tiba kena asthma attack.
Last word from my mum to tuan rumah, “nak naik atas sat, ambil ubat.” Jiran tu nampak mak aku dah macam sesak nafas then nampak mak aku masuk ke dalam then kunci pintu grill rumah. Rupanya after that mak aku dah tak keluar untuk selama-lamanya.
Mak aku masuk dalam rumah nak ambil ubat tapi tak sempat sebab asma dan menyerang terlalu kuat. Mak aku dah worst sangat dah. That time nenek aku like 90 years, pangku mak aku dekat riba dia dan pegang tangan dia. Cun-cun bapak aku sampai rumah dari kedai. Bapak aku terus pergi berlari pergi ambil ubat.
Masa bapak aku berlari pergi ambil ubat tu, mak aku dah terkulai dekat riba nenek aku sambil pegang tangan mak dia sendiri. Nenek aku menjerit panggil bapak aku. Nenek aku ingat mak aku pengsan. That time bapak aku cakap dia dah rasa lain.
Bapak aku cakap dia dah tahu mak aku dah tak ada that time sebab badan dah jadi terkulai. Macam lembik semua sendi. Terus call jiran bawak pergi hospital. Dekat hospital, doktor decide mak aku dah meninggal. Doktor declare meninggal masa dalam perjalanan ke hospital. But actually bapak aku cakap dia dapat rasa meninggal dekat rumah lagi.
It was happened so fast. Lepas mak aku dah selamat dikebumikan, jiran belakang rumah datang jumpa jiran sebelah rumah aku. Dia cerita keadaan sebenar. Then dia jumpa kakak aku termasuk bapak aku. They said that they felt 'ralat’ sebab kerana kes tu sampai mak aku meninggal.
Time kejadian tu aku kerja kat Johor. So aku dah macam orang gila bila tahu mak aku dah tak ada. Depa tak jumpa aku. Jujur aku cakap kalau aku tahu cerita ni dari awal-awal, memang korang satu family masak 100%. Aku boleh caras clearkan terus semua pokok korang sampai tak ada kesan dan memang aku saman sebab korang bangang yang tak bertempat.
Memang ajal tu dah ditentukan tetapi asbab tu yang jadi macam geram. Lepas kes tu, diorang jadi rajin sapu belakang rumah. Until now bapak aku dah betul-betul pissed off dengan orang belakang rumah. Aku langsung tak boleh pandang. Rasa macam nak panggil backhoe datang sodok semua. Sekarang dah buat perangai lama balik. Dah tak menyapu.
Nak tanam apa-apa ingatlah jiran sekeliling. Kita tinggal dekat taman. Bukan dekat kampung atau kebun nak tanam segala jenis pokok besar-besar pun tak apa. Kalau rasa nak tanam sangat, pergi la tanam dekat kampung dah kat kampung tu tanah punya luas tapi sebatang pokok pun tak nak pulak tanam.
Aku harap sangat korang nanti atau sekarang beringat benda-benda macam ni atau buat benda menyusahkan jiran. This is the worst case of my entire life when i lost my mum because of their stupidility. Tak siap sangka.
Al- Fatihah to Bondaku Allahyarhamah Rodiah bt Ahmad 3/5/1961- 14/4/2017. SyurgaNya untukmu wahai kekasih hati dunia akhirat.
Sumber: Oh!Bulan, AmarHMF
0 Komentar