'Saya akan pecat kamu kerana IQ rendah' - KJ selar kenyataan Lokman Adam

November 04, 2018

'Saya akan pecat kamu kerana IQ rendah' - KJ selar kenyataan Lokman Adam


Baru-baru ini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah kerana penipuan, fitnah dan janji palsu yang ditaburkan oleh Pakatan Harapan (PH). 

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menempelak kenyataan Najib yang masih hidup dalam sindrom penafian itu dan menegaskan BN tewas PRU14 kerana isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). 

"We lost because of 1MDB. The End," tulis Khairy di Twitternya dan tweet itu mendapat banyak reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan beliau. 


Tweet Khairy itu mengundang rasa tidak puas hati Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, yang menyifatkan Khairy meroyan seperti orang datang bulan. 

Lokman berkata, dia tidak pasti apa masalah Khairy apabila mengatakan punca kekalahan BN hanyalah kerana 1MDB dan katanya jika Khairy mahu terus bersikap menunding jari, adalah baik Khairy melupakan hasratnya untuk menjadi Presiden UMNO. 

"Sepatutnya selaku bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy kena menilai sama ada aktiviti menjadi model sambilan di Majalah Maskulin, hobi berselfie dan kepakaran memilih warna stokin yang betul, telah berjaya menarik minat orang muda untuk menyokong BN," katanya. 

Kenyataan Lokman itu kemudian dibalas oleh Khairy yang menyelar Lokman mempunyai IQ rendah. Malah, Khairy menegaskan dia akan memecat Lokman sekiranya dia adalah Presiden UMNO kelak. 

"You better pray I don't become President of UMNO. First thing I'll do is sack you for having the IQ of a carrot." 

(Lebih baik anda berdoa saya tidak menjadi Presiden UMNO. Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah memecat anda kerana mempunyai IQ rendah)



Sumber: Harian Metro

Previous
Next Post »

1 comment

  1. kalau begini lah mentaliti orang bn memang payah nak naik disalahkan khairi pemuda tidak sokong bn dan orang tua kg sokong bn untuk makluman semua semua orang muda tak sokong bn tu kerana mereka celik it dan tahu tahu semua skandal 1mdb tidak peduli penafian bn dan orang tua kg tu kebanyakan nya takda masa nak main it dan mereka semua tu tak tahu pasal 1mdb apalagi dia di osa kan. olih itu bn dan umno bangkitlah dari tidor untuk kemajuan bangsa melayu dimasa depan jangan fanatik sangat kepada 1mmdb

    ReplyDelete