'Mangsa keluar kayu besbol, pukul bahagian depan kereta suspek' - Polis

August 11, 2019

'Mangsa keluar kayu besbol, pukul bahagian depan kereta suspek' - Polis


Pelbagai spekulasi yang timbul semenjak kes pergaduhan dua lelaki di Lebuhraya Utara Selatan dekat kajang sehingga menyebabkan kematian viral di media sosial. 

Namun, siasatan polis mendapati kes itu berpunca dari perselisihan faham di antara kedua-dua pihak selepas terbabit dalam kemalangan kecil di Kilometer 239. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa berusia 29 tahun bertindak mengeluarkan kayu besbol dan memukul kereta suspek berusia 40 tahun itu kerana tidak berpuas hati. 

"Sebelum mengeluarkan kayu besbol dari keretanya, mangsa serta suspek yang sudah bergaduh berpunca daripada kemalangan kecil, ditenteramkan orang ramai sebelum kedua-duanya masuk ke kereta masing-masing. 

"Namun, mangsa tidak berpuas hati mengeluarkan kayu besbol dari keretanya dan memukul bahagian hadapan kereta suspek. 

"Suspek yang ada dalam kereta ketika itu terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga terlanggar suspek. 

"Akibat daripada itu, mangsa tersepit antara kereta suspek dan penghadang jalan," katanya. 

Mangsa dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta dan dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat.


Ekoran kejadian itu, suspek dan isterinya berusia 36 tahun direman seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Fadzil Ahmad juga menafikan kes kemalangan itu berpunca dari isu perkauman.

"Motif kejadian berpunca daripada isu kemalangan jalan raya dan tiada kena mengena dengan isu perkauman yang tular di media sosial," tegasnya. 


LAPORAN BERKAITAN

Previous
Next Post »

1 comment

  1. Terimakasih, artikelnya bagus,.
    Kunjungi juga http://bit.ly/32F0rpd

    ReplyDelete