'Dia memang laju' - Polis nafi dakwaan pemandu Myvi beri alasan cuba elak kereta di hadapannya
Wanita yang memandu kereta jenis Perodua Myvi terbabit dalam kemalangan persimpangan lampu isyarat Jalan Harimau Tarum sehingga mengorbankan nyawa bapa kepada tiga orang anak yang masih kecil, disahkan positif dadah dan tidak mempunyai lesen memandu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bukan itu sahaja, malah dakwaannya yang mengatakan dia cuba mengelak kenderaan yang berhenti di hadapannya adalah tidak benar sama sekali.
"Video itu turut membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar sama sekali terdapat kereta lain di hadapan keretanya, melainkan tindakannya memecut laju ketika sampai di lokasi kejadian.
"Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju," katanya.
Selain itu, Ayob Khan turut mengesahkan wanita berusia 23 tahun itu memandu kereta yang cukainya telah tamat tempoh.
Siasatan juga mendapati, suspek yang menetap di Kluang itu tidak bekerja.
Terdahulu, media melaporkan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysi (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut dirempuh kereta suspek yang mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kepalanya.
Sumber: Sinar Harian
LAPORAN BERKAITAN
0 Komentar