(Video) Lelaki cedera dilibas dengan parang oleh bekas pesakit psikiatri

October 08, 2020

(Video) Lelaki cedera dilibas dengan parang oleh bekas pesakit psikiatri

Seorang lelaki cedera selepas ditetak semasa berada di sebuah premis makanan bersama tiga rakannya di Taman Sri Tanjung, Semenyih dekat sini pada Selasa lepas.


Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dalam kejadian itu, suspek yang pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Ulu Kinta, Perak datang dari arah belakang terus melibaskan parang ke arah mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.


Beliau berkata ekoran itu, berlaku pergelutan antara tiga rakan mangsa dan suspek yang menyebabkan kecederaan terhadap lelaki terbabit sebelum ditahan. 


"Mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Kajang oleh polis untuk rawatan susulan sebelum suspek diserahkan ke Balai Polis Semenyih," katanya ketika dihubungi Bernama.


Mohd Zaid berkata polis turut merampas dua bilah parang panjang dan sebilah pisau manakala punca kejadian masih disiasat. 


Susulan itu, beliau berkata suspek yang berusia 63 tahun dan memiliki dua rekod kes jenayah lampau, ditahan reman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya lain.



Sumber: Bernama

Previous
Next Post »
0 Komentar