'Dia sakit, nanti padam eh video tu' - Driver Axia dicekup buat maksiat dengan kekasih dipercayai pelajar sekolah

April 05, 2023

'Dia sakit, nanti padam eh video tu' - Driver Axia dicekup buat maksiat dengan kekasih dipercayai pelajar sekolah



Tular di media sosial video seorang lelaki muda didapati sedang berasmara dengan pasangannya di dalam kereta, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Berdasarkan video berdurasi 23 saat itu, pasangan berkenaan sedang melakukan perbuatan tidak senonoh itu di tempat letak kereta di lokasi yang tidak dinyatakan. 


Perakam dan seorang lagi rakannya kemudian datang menghampiri kereta itu untuk melihat dengan lebih dekat dan mendapati lelaki terbabit berada di tempat duduk penumpang hadapan dan kekasihnya yang memakai baju Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) 'duduk' di atas paha lelaki itu. 


Apabila ditanya apa yang sedang mereka lakukan, pemandu Axia itu memberikan alasan bahawa dia sedang 'membantu' kekasihnya yang sakit sebelum meminta perakam memadamkan video itu daripada telefon bimbitnya.


Dua lelaki itu kemudian menasihatkan pemandu berkenaan untuk memasang 'tinted gelap' sebelum beredar dari lokasi kejadian.


Bagaimanapun di media sosial, netizen mengesyaki lelaki itu mengambil kesempatan ke atas kekasihnya yang dipercayai remaja bawah umur. Apatah lagi perbuatan tidak senonoh itu dilakukan di tempat awam. 


"@PDRMsia, mereka melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan umum. Mohon ambil tindakan," kata Apeace. 


"OMG! Jelas sekali budak itu masih bawah umur," kata Siddiq. 


Sumber: Twitter

Previous
Next Post »
0 Komentar