Penunggang motosikal maut di KM 259 Lebuhraya Utara Selatan, ketika berkonvoi ke Ampang

May 06, 2023

Penunggang motosikal maut di KM 259 Lebuhraya Utara Selatan, ketika berkonvoi ke Ampang



Seorang remaja lelaki dilaporkan maut dan dua rakannya cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 259.9 Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke arah utara.


Video kejadian tersebut turut tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.40 pagi Sabtu yang membabitkan tujuh buah motosikal. 


Mangsa, Ahmad Sheikhrul Razi Ab Kadir, 19, maut di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah. 




Siasatan awal polis mendapati, mangsa terdahulu menyertai rakan-rakannya menunggang motosikal ke Ampang, Selangor, dari Senawang. 


Tiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC di lorong tengah, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di atas jalan raya. 


Enam lagi rakannya di belakang cuba mengelak tetapi tidak sempat dan berlanggar sesama sendiri. Akibat daripada kemalangan itu, mangsa maut serta-merta, manakala dua lagi rakannya berusia 18 dan 21 tahun cedera parah di bahagian kepala, tangan dan kaki. 


Empat lagi mangsa lain mengalami luka ringan di tangan dan kaki. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Previous
Next Post »
0 Komentar