'Anak-anak hanya diberi minum susu pekat manis, tak mampu beli susu tepung'
Kesempitan hidup memaksa keluarga ini hidup menyewa di rumah yang sangat sempit dengan kadar sewa RM150 sebulan. Pendapatan si bapa yang tidak menentu, menyebabkan ada beberapa keperluan tidak dapat dibeli, malah sewa rumah juga tertunggak.
Anak-anak kecil juga terpaksa diberi minum susu pekat manis kerana ibubapanya tidak mampu membeli susu tepung. Kini mereka mendapat notis diarahkan keluar dari rumah sekiranya tidak dapat membayar sewa.
Kepada pihak yang prihatin, bantulah keluarga ini yang berada dalam kesusahan.
SAYU hati setibanya kami di rumah keluarga ini di Kampung Bukit Teh, Bukit Mertajam. Mereka tinggal sembilan beranak di dalam rumah yang sangat sempit, hanya ada satu bilik dengan sewa RM150 sebulan.
Setiap malam tak dapat tidur lena kerana bimbang dengan keselamatan anak-anak di mana rumah mereka sering dimasuki lipan dan ular berbisa.
Mereka mempunyai enam orang anak. Anak yang sulung berumur 13 tahun, manakala adik-adik yang lain masih kecil hanya minum susu pekat manis kerana tidak cukup duit untuk membeli susu tepung.
Si suami bekerja mengambil upah potong rambut di depan rumah mereka dengan pendapatan bulanan kurang dari RM600 sebulan.
Sewa rumah tertunggak dua bulan dan susah diberikan notis sebulan untuk keluar dari kediaman itu sekiranya tidak dapat membayar rumah sewa. Di mana mereka akan tinggal selepas ini?
Kami difahamkan mereka telah meminta bantuan zakat dari tahun 2017, sampai sekarang masih belum mendapat jawapan. (Jangan emosi, siasat dulu).
Kami berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera kerana pertubuhan FoodBank kami hanya mampu menyalurkan makanan sahaja.
MAKLUMAT TERKINI
Mereka dapat bantuan zakat, tetapi pending account sebab mereka tiada akaun bank. Mohon pihak berkenaan untuk membantu mereka membuka akaun bank.
Untuk maklumat lanjut, boleh hibungi wakil Pertubuhan Food Bank Utara 019-2265894 (Sha) atau 014-7585042 (Nor).
Sumber: Penang Kini
0 Komentar