'Janganlah bina mahligai atas tangisan air mata isteri' - Ebit Lew
Hati isteri mana yang tidak remuk apabila si suami mahu menceraikannya hanya kerana mahu bersama dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi si isteri pula baru hamilkan zuriat suaminya.
Bagi lelaki seperti ini, mereka lupa akan amanah yang telah diberi olehNya, sanggup melihat isteri sendiri menangis kesedihan hilang tempat bergantung sementara dia pula sibuk menabur madu di bunga lain.
Manfaatkan perkongsian dari Ustaz Ebit Lew. Semoga golongan suami hadam dan jangan dikhianati amanah yang telah diberi.
SEDIH dan pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri yang sedang mengandung untuk berkahwin lain. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita?
Jika kita dah tua ini rasa begitu, bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya.
Saya berdoa Allah selamatkan rumah tangga ini, semua rumah tangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak. Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai.
Buat yang telah diuji, teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah, jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik saja untuk semua.
Satu saja nak cakap untuk peringatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah, untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka, kita jaga. Tak suka, ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain.
Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian. Kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina bersama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri, kenangkanlah ibu kita, kenangkan anak perempuan kita, kenangkanlah.
Saya ingat seorang kawan saya baru berkahwin berjumpa dengan ustaz.
"Ustaz, isteri saya baik, rajin dan solehah, semua kerja rumah dia buat. Senyam jer. Sempurna. best kan ustaz?"
Ustaz jawab secara berfikir, "Isteri kamu ahli syurga. InsyaAllah. tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka."
"Kenapa pula ustaz?" soalnya.
"Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas." katanya.
Bahagia itu bila kita yang memberi, bukan tuntut hak dari pasangan. Dalam kata lain, saling bantu membantu dan bertolak ansur.
Pernah ada seorang suami berjumpa saya, dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai, masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang, dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah, bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tetapi tunaikan apa yang Allah nak. Nikah itu amanah Allah," katanya.
"Tapi ustaz, isteri saya degil, malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya, selalu tolak saya," dia senaraikan buruk isteri dia.
"Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah?
"Wah abang, Dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh tiba-tiba hari ini baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu saja semua itu?
"Doa pada Allah dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita. Cubalah tanya?" katanya.
"Semua tak ada ustaz."
"Sekurang-kurangnya abang dah buat semua itu, jika masih tak berubah, barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi."
"Baik ustaz." katanya.
Dia bawa isteri datang keluargasunnah. Sehari dalam keluargasunnah, selepas itu bawa isteri tiga hari belajar iman. Mula buat taklim rumah, mula makan dalam dulang berjemaah, mula sama-sama dekatkan diri pada Allah, didik isteri anak solat, bagi masa untuk keluarga.
Dia jumpa saya semula dan kata, "Ustaz, hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu, dari mula kahwin ajak belajar agama, belajar iman, dekat pada Allah, makan suap-siap kreana sunnah semua ajaib. Ajaibkan ustaz."
Wanita ini boleh menjadi paling lembut, menyejukkan dan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.
Suami tidak boleh jadi seperti wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab itu kita lelaki. Dalam Al-Quran kata, 'ArRijal' Ar Rijal. Ar Rijal..Allah puji 'lelaki'.
Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga. Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu..
Pohon doakan Oktober nanti saya akan pusing semua negeri buat program keluargasunnah untuk yang bujang dan yang dah lama kahwin. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.
Sumber: Ustaz Ebit Lew
0 Komentar