'Saya syak anak ikut teman lelakinya' - Ibu buat laporan polis, rayu orang ramai bantu cari anaknya

April 20, 2019

'Saya syak anak ikut teman lelakinya' - Ibu buat laporan polis, rayu orang ramai bantu cari anaknya


Kehilangan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menimbulkan rasa bimbang ibunya sehingga terpaksa membuat laporan polis. 

Menurut wanita berkenaan, dia dimaklumkan oleh anaknya, Ani Syafiqah Mohd Suhaimi, 15, pada jam 6:30 petang Khamis bahawa dia mahu pergi berjumpa dengan bapanya di Kota Tinggi, Johor. 

Namun pada hari semalam, ibu saudara remaja itu memaklumkan anaknya tidak datang ke sana. 

"Saya cuba menghubungi anak saya melalui telefon bimbitnya tetapi tidak dapat dihubungi. Saya syak anak saya telah mengikut temna lelakinya bernama Muhammad Shah Aiman Iskandar, 19,. 

"Saya tidak tahu mereka pergi ke mana," katanya dalam laporan polis tersebut.

Justeru, ibunya meminta orang ramai membantu mengesan anak perempuannya bersama dengan teman lelaki yang sudah dua hari tidak pulang ke rumah. Jika teserempak dua remaja terbabit, sila hubungi talian 011-28611559 (ibu mangsa) atau 019-7876333 (datuknya). 


Sumber: Peon JB

Previous
Next Post »
0 Komentar