SPRM beku 750 akaun bernilai RM75 juta, sita 24 kereta mewah milik ahli sindiket Macau Scam

October 05, 2020

SPRM beku 750 akaun bernilai RM75 juta, sita 24 kereta mewah milik ahli sindiket Macau Scam

Perkembangan terkini mengenai kes sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan 'mencuci' duit haram. 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membeku sebanyak 750 akaun milik seorang ahli sindiket Macau Scam dan Perjudian yang membabitkan nilai RM75 juta.


Selain itu, SPRM turut menyita rumah dan 24 kereta mewah milik lapan individu yang ditahan baru-baru ini di mana lima daripadanya adalah milik seorang lelaki bergelar datuk.


"750 akaun milik ahli perniagaan yang terbabit dalam sindiket itu termasuk akaun selebriti disita susulan siasatan SPRM akaun itu terbabit dalam pengubahan wang haram," katanya memetik laporan dari Harian Metro (5/10/2020).


Difahamkan, sindiket itu memperdaya dan mempergunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan 'mencuci' duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah. Malah, mereka juga memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.


Sindiket itu menganggap, dengan menggunakan kaedah itu dapat mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama. 


Namun kegiatan mereka berjaya dikesan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan. Tiga lagi individu juga ditahan untuk membantu siasatan. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN


Previous
Next Post »

1 comment

  1. Tolong laksanakan hukuman gantung sampai mati pada penjenayah ini

    ReplyDelete