Pelajar Tingkatan 3 (OKU) dirogol jiran sebelah

June 13, 2022

Pelajar Tingkatan 3 (OKU) dirogol jiran sebelah



Polis menahan seorang pemandu lori yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun. 


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Kota Bharu berstatus orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran dipercayai telah dirogol suspek berusia 20-an semasa keluar dari rumahnya petang kelmarin. 


Terdahulu, ibu mangsa membuat laporan polis selepas mendapati anak perempuannya tiada di rumah pada petang kelmarin. Mangsa kemudian pulang ke rumah pada jam 7.50 malam dan wanita itu mengesyaki anaknya keluar bersama kawan lelaki iaitu suspek. 


"Mangsa dikatakan keluar bersiar dengan membonceng motosikal suspek sebelum dirogol. Susulan itu, polis membuat tangkapan ke atas suspek yang juga jiran mangsa pada jam 8.30 malam tadi," katanya. 


Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menjalani pemeriksaan. 


Sementara itu suspek yang masih bujang disahkan positif dadah jenis methamphetamine. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau bagi kesalahan jenayah dan dadah. 


Suspek ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro

Previous
Next Post »
0 Komentar