Wanita hina Islam & teman lelakinya akan didakwa esok

July 12, 2022

Wanita hina Islam & teman lelakinya akan didakwa esok



Sabtu lalu, polis menahan seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam ketika melakukan persembahan di sebuah kelab komedi yang tidak berlesen di Taman Tun Dr Ismail (TTDI). 


Video persembahan suspek berusia 28 tahun itu turut tular di media sosial dan mengundang banyak kecaman netizen yang kurang senang dengan kenyataan yang diucapkannya yang jelas menghina agama Islam. 


Video tular tersebut menunjukkan suspek yang mengaku dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran secara tiba-tiba menanggalkan tudung dan baju kurung bagi menunjukkan di sebalik pakaian itu dia sebenarnya memakai pakaian seksi.


Suspek berasal dari Kuala Kangsar, Perak direman dan turut dirampas beberapa barangan lain yang digunakannya pada waktu kejadian bagi membantu siasatan. 


Teman lelaki kepada suspek juga ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada Ahad lalu untuk tindakan lanjut.


Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atua permusuhan, benci membenci atau niat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni. 


Kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 


Pasangan itu dijangka akan didakwa di mahkamah esok dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat peguam negara. 


Sumber: Harian Metro

Previous
Next Post »
0 Komentar