'Kuasa menghukum & beri pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya' - Agong

September 05, 2022

'Kuasa menghukum & beri pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya' - Agong



Jumaat lalu, bekas perdana menteri Najib Razak yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 milik SRC International Sdn Bhd dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, telah memfailkan petisyen pengampunan.


Status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan ketika ini masih kekal dan akan ditentukan selepas proses pengampunan itu selesai. 


Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa berucap merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Pahang di Kuantan semalam bertitah bahawa, kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ia bakal dipertanggungjawabkan kelak di 'hari kemudian'. 


"Keadilan Islam tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa yang melakukan kesalahan, sama ada diri sendiri, teman rapat, ahli keluarga mahupun ibu dan bapa.


"Ketegasan prinsip keadilan Islam juga tidak membenarkan sebarang ketidakadilan kepada sesiapa termasuk kepada mereka yang tidak disenangi, selain keadilan tanpa pilih kasih yang diamalkan telah berjaya mengangkat martabat Islam pada zaman Rasulullah SAW.


"Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil, nescaya keadilan tidak akan tercapai kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda dan akibatnya pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa.


"Maka titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan," titah Seri Paduka.

Previous
Next Post »
0 Komentar