'Jangan buat komen yang tidak mesra seperti tidak mengalu-alukan kedatangan pelancong China' - Menteri Pelancongan
Foto (Hiasan) Bernama |
Menteri Pelancongan Tiong King Sing kelmarin meminta orang ramai terutamanya netizen berhati-hati dalam memuat naik kenyataan di media sosial berhubung isu ketibaan pelancong dari China, susulan pembukaan semula sempadan negara itu bermula 8 Januari ini.
Beliau berkata, ia bagi menjaga jalinan persahabatan antara Malaysia dan China.
"Biarpun beberapa berita terutama di platform media sosial membuat laporan negatif berkaitan kepuusan China membuka semula sempadan negara, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa semua orang supaya berhati-hati dalam kata-kata dna tindakan anda.
"Jangan membuat komen yang tidak mesra sebelum anda mengetahui gambaran penuh keseluruhannya. Jangan merosakkan persahabatan antara Malaysia dan China atau wujudkan tanggapan bahawa kita tidak mengalu-alukan kedatangan mereka," katanya.
Sejak kebelakangan ini, media antarabangsa melaporkan berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di China disebabkan subvarian Omicron, BA.5 yang lebih berbahaya.
Laporan itu menyebabkan beberapa negara memperketatkan pintu sempadan bagi mengelakkan wabak itu merebak.
Kerajaan Malaysia juga mengambil langkah yang sama dengan mengenakan syarat di mana pengembara dari luar negara termasuk China diwajibkan menjalani ujian saringan demam di pintu masuk antarabangsa dan sampel air umbahan pesawat dari republik itu juga akan diambil sebelum dihantar ke Maklmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian rantai polismerase (PCR).
Di media sosial, netizen membidas kenyataan Tiong yang terlalu menjaga hati China sedangkan adalah fakta bahawa rakyat Malaysia tidak mengalu-alukan kedatangan pelancong China ke negara ini kerana bimbang dengna penularan Covid-19.
Sumber: Buletin TV3
0 Komentar