'Ramai pelajar lelaki tanpa segan silu cium rakan, lakukan hubungan sejenis' - Pelajar dedah aktiviti LGBT berleluasa di asrama sekolah, tetapi tiada dikenakan tindakan
Laporan telah dibuat, namun bagaikan mencurah air di daun keladi. Tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menyebabkan kegiatan LGBT berleluasa di asrama sebuah sekolah yang terkemuka di Lembah Klang.
Pelajar asrama sekolah berkenaan, Amirul (bukan nama sebenar) berkata, masalah LGBT itu bagaikan sudah sebati dengan sekolah sehingga tiada pelajar yang akan melaporkan kepada pihak sekolah sekiranya ternampak perkara itu berlaku kerana merasakan kegiatan itu tidak mengganggu mereka.
"Saya merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh (all boys) di Lembah Klang. Saya telah melaporkan masalah ini yang semakin berleluasa kepada pihak sekolah, berserta dengan bukti kukuh. Namun, bagai mencurahkan air ke daun keladi. Tiada apa-apa tindakan yang diambil seolah-olah membiarkan pelajar-pelajarnya mengikut jejak langkah kaum Nabi Lut.
"Masalah LGBT yang berlaku di sini bukan setakat peluk-peluk sahaja, malah terdapat ramai pelajar yang tanpa segan silu menicum rakan mereka, tidur berpelukan berdua-duaan di dalam satu selimut yang sama. Yang paling teruk, ada pelajar yang melakukan hubungan sejenis.
"Terdapat juga pelajar-pelajar yang tanpa segan silu mengaku menyukai dan mencintai pelajar lain yang sama jantina terutamanya di kalangan pelajar tingkatan satu dan dua. Kalau seawal usia 13 dan 14 tahun sudah berani berbuat demikian, bayangkan apa yang mereka akan lakukan dalam masa lima tahun menetap di asrama.
"Ada juga pelajar yang sanggup menjual diri dengan mengenakan bayaran untuk sesiapa yang mahu tidur dengannya. Saya sendiri pernah ditawar perkhidmatan seperti itu," katanya.
Justeru, Amirul berharap golongan ibu bapa tidak membuat keputusan terburu-buru dan berfikir masak-masak sebelum menempatkan anak di sekolah berasrama penuh bagi mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral itu.
Ini kerana, asrama pada zaman ini bukanlah seperti apa yang difikirkan oleh masyarakat. Ditambah pula dengan pihak sekolah yang tidak berminat untuk menangani masalah tersebut, apatah lagi yang berkaitan dengan kewajipan agama contohnya solat lima waktu.
"Seilidiklah secara mendalam tentang latar belakang sekolah sebelum menghantar anak-anak ke situ. Andai anak terpesong sekali, susah untuk mereka kembali ke pangkal jalan," ujarnya.
0 Komentar