'Kalau setakat pandu Proton Wira, tak payah datang jemput' - Gadis tolak pelawaan lelaki ini, siap order Grab lagi
Menurut Bosco Fong, kawannya itu berpura-pura tidak mengenalinya apabila dia menekan hon beberapa kali. Tindakan perempuan itu benar-benar membuatkan dirinya keliru, mengapa dia enggan masuk ke dalam keretanya.
"Baru tadi, saya pandu kereta Proton Wira untuk menjemput kawan perempuan dari tempat kerjanya. Apabila saya tiba di lokasi, saya menekan hon beberapa kali untuk memaklumkan bahawa saya telah tiba. Tetapi, apabila dia ternampak saya, dia berpura-pura tidak mengenali saya.
"Malah dia mengirimkan mesej kepada saya dan berkata lain kali jika saya memandu kereta Proton Wira, jangan datang menjemputnya.
"Kereta ini telah bersama saya di mana saya pernah memandunya berulang alik dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Kereta ini juga mampu pergi ke Genting Highlands tanpa sebarang masalah.
"Penghawa dinginnya juga masih sejuk dan sesiapa yang duduk di dalam kereta saya pasti akan rasa selesa. Saya tidak faham mengapa dia tidak mahu masuk ke dalam kereta saya," tulisnya.
Bosco turut berkongsi perbualannya dengan perempuan itu yang bertanya kenapa dia enggan masuk ke dalam kereta Bosco.
Malangnya, soalan itu tidak dijawab dan perempuan itu memaklumkan dia telah melanggan perkhidmatan Grab Car untuk menjemputnya.
Post Bosco itu viral meluas di media sosial dan kini telah dikongsi lebih dari 6,448 kali oleh netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya.
"Mujur dia cuma kawan, bukan teman wanita," kata netizen yang juga mengkritik perempuan itu terlalu materialistik.
Sumber: Bosco Fong, World of Buzz
0 Komentar