Anak maut, ibu bapa kritikal akibat keracunan gas beracun ketika tidur dalam kereta

May 08, 2019

Anak maut, ibu bapa kritikal akibat keracunan gas beracun ketika tidur dalam kereta


Penduduk di sekitar Masjid At Taqwa, Kecamatan Salo, Kabupaten Kampar, Riau, Indonesia digemparkan dengan penemuan dua orang dewasa yang tidak sedarkan diri dan seorang lagi telah meninggal dunia dalam sebuah kereta Toyota Innova. 

Dalam kejadian itu yang berlaku pada 3 Mei lalu, mangsa dipercayai mengalami keracunan gas dalam kereta berikutan pendingin hawa kereta itu masih hidup dan cermin kereta tertutup rapat. 

Farid dan isterinya, Novrianti yang masih hidup tetapi kritikal, dikejarkan ke hospital dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU. 

Manakala anak lelaki mereka, Faris Alfarab, 14, ditemui meninggal dunia di tempat duduk belakang dengan mulutnya berbuih.

Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Masyarakat Polres Kampar, Inspektor Deni Yusra berkata, mangsa ditemui oleh Serka Saty Darma pada pagi Sabtu selepas mendapat arahan dari group Telegram yang memintanya mencari kereta Toyota Innova BM 1901 TJ. 

Semakan melalui aplikasi Google Maps menunjukkan kereta itu terletak di Desa Salo dan lantas pergi ke lokasi tersebut sebelum menemui mangsa dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta masjid di Batalyon 132 Bimasakti Salo. 

Menurut Serka, dia melihat ada tiga orang di dalam kereta itu di mana Farid dan Novrianti berada di tempat duduk depan dan pemandu dengan kaki di atas dashboard, manakala Faris berada di tempat duduk belakang dalam posisi tidur. 

"Keadaan kaki mangsa pucat," katanya. 

Serka cuba membuka pintu kereta dan mengejutkan mangsa tetapi tiada respon sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa. 


Tidak beberapa lama kemudian, beberapa anggota tentera bersama polis datang membuka pintu itu secara paksaan dan satu persatu mangsa dikeluarkan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 

Siasatan awal pihak polis mendapati, mangsa yang berasal dari Kota Pekan baru dalam perjalanan ke rumah keluarga mereka di Sumatera Barat dan dipercayai berhenti rehat seketika dengan enjin dan penghawa dingin yang masih dipasang. 

Keluarga mangsa berkata, pasangan itu bertolak dari rumah mereka jam 4 petang dan pada jam 11 malam mereka terus terputus hubungan. 

Polis percaya kesemua mangsa mengalami keracunan gas yang dilepaskan oleh ekzos kenderaan. Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar mangsa meninggal dunia. 

Sumber: Liputan 6

Previous
Next Post »
0 Komentar