'Acik tak suka makan sumber haram' - Cakap tak serupa bikin, pemilik rumah sewa aniaya 4 pelajar UiTM Tapah tewas di mahkamah

January 25, 2018

'Acik tak suka makan sumber haram' - Cakap tak serupa bikin, pemilik rumah sewa aniaya 4 pelajar UiTM Tapah tewas di mahkamah


"Acik tak suka makan sumber haram dan api neraka balasannya," demikian kata pemilik rumah sewa yang berjanji mahu memulangkan baki duit bayaran sewa lump sum kepada empat penyewanya. 

Terdahulu, pemilik rumah telah menetapkan dalam kontrak bahawa penyewa perlu membayar sewa rumah enam bulan secara lump sum. Empat pelajar berkenaan bersetuju dan membayar sewa berkenaan. 

Bagaimanapun masalah timbul apabila pemilik rumah meminda kontrak sewaan dari bayar lump sum selama enam bulan ke satu tahun. Malah, para pelajar berkenaan telah dipaksa menandatangani kontrak tersebut. 

Empat penyewa berkenaan enggan menandatangani kontrak yang dipinda itu menyebabkan pemilik rumah memberi mereka tempoh seminggu untuk keluar dari rumah tersebut. 

Kes ini adalah kes menarik dan wajar dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua. Semoga bermanfaat.

PELAJAR vs TUAN RUMAH (KES MAHKAMAH)

SIAPA kata pelajar tak boleh menang dalam kes saman orang dewasa? We won, Kes Tuntutan Kecil yang difailkan di Mahkamah Majistret. Dengan Izin dariNya, saya berkongsi kisah ini untuk panduan, pedoman dan mungkin jadikan pengajaran.

Bermula di dalam kelas, empat orang pelajar diploma ini sering cerita mengenai masalah rumah sewa mereka. Tetapi saya fikir ianya hanyalah cerita anak-anak muda yang inginkan itu ini. Jadi saya tidak ambil kisah sebabnya setiap semester pasti akan ada masalah mengenai sewa rumah dalam kalangan para pelajar.

Entah setelah beberapa kali mereka ini approach saya, akhirnya pada hari tersebut Allah bukakan pintu hati saya. Selepas kelas, saya meminta anak-anak didik ini berjumpa dengan saya di pejabat dan bermulanya segala cerita. 

Baik, kisahnya ada seorang makcik ini berusia dalam lingkungan 50-an yang juga adalah pemilik rumah sewa yang didiami oleh empat pelajar berkenaan. Dikisahkan pertikaian di antara mereka berlaku apabila pada malam menandatangani perjanjian sewa, klausa ditukar dari enam bulan kepada satu tahun. Pelajar-pelajar ini telah membayar sewa rumah enam bulan secara lump sum. 

Seperti mana yang kita tahu, orang luar satu sahaja 'kontrak sah'. Apa pun yang melibatkan kontrak, both parties binding. Itu kata mereka. 

Mereka tidak tahu tentang elemen-elemen yang membolehkan kontrak itu terbatal dari awal lagi. Kalau cerita lebih, nanti orang kata kita ini nak bersyarah. 

Maka saya menelefon suami kepada makcik berkenaan kerana setelah mereka (4 pelajar) enggan menandatangani perjanjian pada malam hari kejadian (September), disaksikan seorang kakitangan iaitu pensyarah komputer matematik, Atie Aziz, jadi mereka buat laporan polis pertama untuk menuntut wang mereka dipulangkan. 

Empat pelajar ini telah diminta keluar dari rumah sewa dalam tempoh seminggu. Maka selama seminggu, dengan ehsan UiTM, mereka dibenarkan duduk dalam kolej. Makcik itu pula menyekat nombor telefon mereka semua. Malah suaminya menjadi galang ganti untuk kes ini. Maksudnya, berkenaan dengan hutang tersebut, suaminya yang akan selesaikan (melalui WhatsApp yang dihantar kepada pelajar). 

Semasa empat pelajar ini berada di pejabat, saya telah menghubungi pakcik berkenaan dan memohonnya membayar atau memulangkan baki wang kepada mereka serta saya beri tempoh sehingga jam 8 malam. Bunyi seperti kejam, kan? Tetapi itu sahaja cara nak mengajar manusia tamak haloba!

Hampir jam 9 malam, saya menghubungi para pelajar berkenaan dan dimaklumkan masih belum ada bayaran dibuat kepada mereka. Maka saya meminta mereka datang ke rumah dan mengambil saya untuk membuat laporan polis kedua. 

Semasa berada di balai, satu kisah yang saya paling benci bila OCS tidak mahu mengambil kes ini. Tetapi saya hdir dan mengikut pelajar seperti empat pelajar berkenaan. Dengan tudung sempang, selipar Jepun dan saya tidak kenalkan diri saya siapa. Sehinggalah OCS datang dan marah-marha anggotanya yang mengambil laporan itu. Saya mula berkeras suara. 

"Sekarang ada perjanjian kan? Jadi kau nak buat report apa!" kata OCS berkenaan," katanya. 

Masa ini saya agak marah dan mencelah, "Encik tahu ke kontrak boleh terbatal?". Ya betul orang atau bertulis adalah kontrak. Tetapi kontrak itu sah ke tak, kita tahu ke? 

"Kau siapa?" soal OCS pula. 

"Muka dengan bangga tahap tak tahu nak kata apa, saya kata, "Saya Farihana, Pensyarah Undang-Undang UiTM Tapah, merangkap Penasihat Undang-Undang Kampung Tapah!" 

Cuak tak cuak, OCS ini boleh tukar cerita kepada, "Oh, baru ini saya ada jumpa penolong rektor.". 

Saya dah tak endah. Anggota yang ada semua memandang saya. Mereka ingat saya ini pelajar. Jadi bila saya kenalkan diri, mahunya mereka terkejut begitu. Tugas sebagai polis ini, suami saya pun polis. Kalau ikutkan hati, mahu saja telefon suami dan suruh dia datang sound sikit OCS ini (Hehe, geram!). Tetapi suami sedang menjaga anak-anak. 

Jam 11.30 malam barulah selesai, gara-gara report itu tadi tidak mahu diterima oleh OCS berkenaan. 

Keesokannya, IO Fatin dari Batu Gajah mengambil kes ini. Pakcik ini dipanggil berjanji nak bayar. Kami beri tempoh, tak nak bayar. Akhirnya saya menelefon IPO Fatin dan minta dia rujuk kes ini ke mahkamah. Saya pergi ke balai dan IPD mengambil salinan laporan polis. Kami bergerak dengan segera mungkin memandangkan peljar masih dalam semester pengajian. 

Kami tanya macam mana, pakcik berkenaan WhatsApp nak bawa kes ke mahkamah. Jadi kami mulakan sebagai plaintif pada 6 November 2017 setelah hampir sebulan main tarik tali. 

Saya mula buat writ saman, fail di makkamah. Saya hanya ikut di belakang empat pelajar ini dengan harapan mereka kuat dan istiqomah. Saya cakap pada mereka, "Kalau hampa betul-betul nak duit ampa balik, ampa kena ikut cara saya sampai habis! Kalau sekerat jalan, saya tak mahu tolong. "

Sehinggalah saya dapat tahu pakcik ini minta pensyarah lain tarik balik kes ini. Pakcik ini hadir pada hari sebutan kedua kes dengan pembelaannya difailkan awal pagi. Maksudnya dia tahu kes akan drag. Saya tidak tentu pada waktu itu dan meminta pelajar-pelajar berkenaan mohon berjumpa dengan majistret, minta adakah kes dalam kamar, ADR. Masa itulah yang saya ralat sebab tak dapat teman anak ke orientasi sekolah.

Saya dapat tahu defendan itu licik. Tetapi Alhamdulillah majistret benarkan mereka masuk dalam kamar. Namun pakcik ini nak bayar RM200 dberbanding RM2,000+

Di luar mahkamah, empat pelajar ini diminta berbincang dengan pakcik itu. Saya bawa mereka pergi berjumpa dengannya kerana mereka takut.

Pakcik ini boleh maki, halau saya sebab kata disebabkan campur tangan orang ketigalah, kes ini sampai ke mahkamah bagai. Masa ini pelajar-pelajar pun terkejut. Mereka tidak sangka karekter pakcik dan makcik itu sama saja. Saya? Lantaklah kau pakcik.

Mahkamah panggil kes mereka masuk. Tiada kata putus, maka perbicaraan ditetapkan pada 22 Januari 2018. Kedua-dua pihak kena failkan ikatan dokumen. Usai, saya ambil mak dan anak dari tadika. Saya masuk pejabat jam dua petang, saya siapkan ikatan dokumen bersama para pelajar. 

Kebetulan BFF datang, Nurul Ezhawati dari UiTM Shah Alam. Maaf dear, tak sempat nak bersembang dengan baik dan tertib. Sebab terlalu sibuk pada masa itu. Dan akhirnya selesai tiga salinan ikatan dokumen. Saya mereka failkan segera tetapi hantar kepada defendan seminggu sebelum perbicaraan sebab dia dah menganiaya semasa failkan pembeliaan kepada kami. 

Di hari perbicaraan, Puan Atie temankan mereka sebab anak saya tidak sihat, demam panas. Tetapi saya hadirkan diri ke mahkamah esok sekejap sahaja. Jam satu petang Puan Atie perlu menjaga peperiksaan, maka saya ambil langkah bawa anak ke mahkamah. Tak boleh nak tinggalkan empat pelajar berkenaan. 


Jam tiga petang, saya di luar mahkamah dan salah seorang dari mereka hadir dan nyatakan,' Madam, kami menang!". Saya peluk dia dan kata "Alhamdulillah, tahniah. Saya minta diri dulu, ampa tunggu sampai selesai," katanya. 

Alhamdulillah, diizinkan pihak teraniaya menang kes ini. Kes diputuskan kontrak terbatal sejak dari awal lagi kerana ada unsur coercion. Maksudnya kita ini ada kontrak sekalipun kita kena tahu sejauh mana kontrak kita itu sah. 

Saya berharap para pelajar mana-mana universiti sekalipun yang duduk di luar kampung, sila ambil tindakan jika anda dianiaya. Tuan rumah tak nak pulangkan duit deposit ke, baki ke dan yang lain-lain, bawa saja tuntutan jika sukar untuk berhubung dengannya. 

Kepada tuan rumah, jika para pelajar menganiaya anda, anda juga ada hak yang sama untuk buat tuntutan di mahkamah. 














Previous
Next Post »
0 Komentar