'I'm working at BNM, you nak I block your whole identity if you don't show some respects toward me?' - Gadis bongkak ini dikecam sampai tutup akaun Twitter
Semuanya bermula apabila Siti Zulaiha menegur tindakan seorang lelaki yang didakwanya mengaibkan seorang penjual produk kecantikan di media sosial yang didakwa menipu.
"Sudahlah buka aib orang kerinting boy! You just student, only learn to be better, not condemn peoples. That's why your life don't get Allah's blessing! #malaybusukhati" tulis Siti.
Mein yang pada awalnya tidak faham dan meminta penjelasan dari Siti. Malangnya wanita bongkak itu enggan jelaskan apa-apa dan menyuruh Mein diam.
"Diam! You not my standard. Pergi habiskan study dulu," tulisnya.
Bagaimanapun, Faiz cuba jelaskan bahawa Mein bukan mengutuk penjual produk berkenaan, sebaliknya hanya membincangkan gambar produk lain yang menjadi isu.
Enggan mengalah dan masih berdegil mempertahankan diri, Siti menegaskan dia bertindak demikian kerana Mein berani menyerangnya di media sosial dan dia mahu 'mengajar' lelaki itu semula.
"Because he's the one yang berani bashing I, so right now I nak teach him balik!" tulisnya lagi.
"Akak, janganlah block future saya kak. Nanti macam mana saya nak buat ASB loan, bayar PTPTN, beli rumah kemudian disewakan, kemudian beli rumah lagi dan sewakan, beli lagi, sewa lagi," perli Mein pada Siti.
Perkara itu berlanjutan sehingga mendapat perhatian dari kakitangan BNM dan BNM sendiri telah mengeluarkan kenyataan di Twitter yang sekali gus membuatkan wanita itu terus memadamkan akaun Twitternya.
0 Komentar