'Macam mana dia tahu aku baring depan laptop?!' - Rasa seperti diperhatikan buat lelaki ini serik nak masuk Dark Web lagi

January 22, 2018

'Macam mana dia tahu aku baring depan laptop?!' - Rasa seperti diperhatikan buat lelaki ini serik nak masuk Dark Web lagi


Di zaman teknologi berkembang pesat, hampir semua maklumat boleh didapati di hujung jari. Pelbagai bentuk maklumat yang boleh diakses di internet, namun begitu pernahkah anda menyelongkar lebih dalam lagi sehingga menemui perkara yang tidak seharusnya anda baca/tonton?

Satu laman web yang dikenali sebagai Dark Web merupakan satu koleksi laman web yang menyembunyikan alamat IP server pelayar yang kebiasaannya melayari laman web itu dengan aplikasi Tor, sebahagian daripada deep web. 

Perkongsian dari Adham Azmi baru-baru ini mendakwa, dia melayari laman berkenaan dan kini kelihatan sedikit menyesal dengan tindakannya itu dan tidak menolak kemungkinan bahawa dia sedang diperhatikan. 

A THREAD, tentang satu video Dark Web. Yang aku rasa pelik sampai buat aku nak tidur di bawah ketiak mak aku. Sumpah seram!

Okey, dua minggu yang lalu aku belajar cara memasuki Dark Web ini menggunakan Tor. Entah, tak tahu apa yang menarik sangat dengan Dark Web ini. Tetapi orang kata bahaya sebab laptop boleh terkena virus. 

Aku buat relaks saja sebab laptop yang aku gunakan adalah laptop lama, dah dekat lapan tahun dah usia laptop itu. Malas nak panjangkan cerita, aku pun akseslah ke web itu. 

Orang kata, di dalam Dark Web ini boleh cari macam-macam seperti pedofilia, rape, red room, jual dadah, beli senjata api dan bermacam-macam lagi benda/perkara pelik. Tetapi aku takut nak pergi ke laman-laman itu. Tak nak ambil risiko. 

Jadi aku pun pergi ke satu web yang mengandungi banyak video-video pelik. Pada mulanya aku tak takut sangat pun. Sebab dah biasa tengok video-video itu di YouTube. Pattern video dia itu cliche sangat. Anak-anak patung yang psiko dan orang seksa bunuh diri. 


Aku buka satu video ini. Mula-mula keadaannya gelap sahaja untuk satu jangka tempoh yang lama. Tiba-tiba keluar satu anak patung yang lebih kurang seperti dalam gambar ini. Mula-mula saya ingat video biasa sahaja, sama seperti yang lain. 

Tetapi sampai satu masa, dia cakap lebih kurang begini.

"You're not alone. If you keep watching me, I'm always be with you.." 

Hek eleh, aku tak takutlah bodoh! 

Part itu biasa sahaja. Tetapi selepas dia cakap satu rangkap, dia akan spam dengan gambar-gambar pelik dalam lebih kurang 40 saat. Kemudian baru dia sambung bercakap tentang perkara lain. Sudahlah ada bunyi gelak ketawa budak yang macam bodoh!





Selepas gambar spam itu, dia bercakap lagi. 

"You still watching me in front of you laptop?"  lebih kurang begitulah sebab aku pun tak berapa ingat sangat, sebab saya tutup sebelum video itu habis.

Bila dia kata begitu, aku dah mula rasa pelik sikit. Macam mana dia tahu aku menggunakan laptop?

Selepas itu, dia akan spam lagi gambar pelik-pelik. Ada bunyi budak-budak bergelak ketawa lagi. Boleh dikatakan setiap rangkap yang dia cakap selepas itu dia akan spam gambar-gambar pelik disusuli dengan bunyi ketawa budak-budak. 

Okey, di bahagian ini, selepas siar gambar, keluar semula anak patung ini. Kemudian dia kata, "Don't laying on the bed. Sit down and come play with me," katanya. 

Macam mana dia tahu aku tengah berbaring? Tetapi aku buat tak endah dan teruskan menonton video itu sehingga satu rangkap ayat yang keluar. 

"I have warning you. Don't keep laying on your bed." 

Dia seperti tahu apa yang aku buat-buat berani. Tak bangun untuk duduk! Dia 'masuk' di kamera laptop aku ke? Tidak lama selepas itu aku rasa seperti diperhatikan. 

Kemudian aku duduk dan tengok. Dia kata, "Well done boy. You did it." Oh sh*t! Aku terus tutup, bodoh! Ya Allah, sumpah aku tak masuk dark web lagi selepas ini. 

Sumber: Adham Azmi

Previous
Next Post »

1 comment

  1. Bosan main poker sama ROBOT? Kapan untungnya?
    Kini Hadir Game Terbaru ===>> GAME SAKONG
    Mari.. bergabung bersama kami di ROYALQQ, main poker tanpa Robot 100% player vs player.
    Deposit Minimum Rp. 15.000
    www,royalqq,poker
    Support Bank BCA, MANDIRI, BNI, BRI
    add 2B68D666

    ReplyDelete