2 beradik bergaduh bila disuruh basuh pinggan, parah 'ditetak' bapa

November 16, 2018

2 beradik bergaduh bila disuruh basuh pinggan, parah 'ditetak' bapa


Dua beradik cedera parah selepas ditetak oleh bapa dengan parang kerana berang melihat mereka berdua bergaduh, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 8.30 malam semalam di sebuah rumah di Kampung Rantai Rosok. Kota Belud, Sabah, anak perempuan berusia 15 tahun dan abangnya (OKU), 22, cedera parah di bahagian tangan kiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, suspek yang baru sahaja pulang dari ladang menegur anak lelakinya supaya membasuh pinggan. Tetapi kedua-dua anak suspek bergaduh. 

Keadaan itu menyebabkan suspek marah lalu bertindak mengeluarkan parang untuk menakut-nakutkan mereka. 

"Ketika itu, suspek mengacah untuk menetak anak lelakinya, namun dihalang oleh anak perempuannya menyebabkan dia terkena tetakan di tangan kiri. 

"Abang mangsa turut terkena tetakan di tangan kiri sebelum kedua-dua mangsa melarikan diri ke rumah ibu saudara mereka untuk meminta bantuan,” katanya.

Dua beradik itu kemudian dibawa ke Hospital Kota Belud sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Suspek berusia 55 tahun pula telah ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kota Belud kerana turut mendalami kecederaan ringan ketika bergelut dengan anaknya. 

Kedua-dua mangsa dilaporkan stabil dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. 

Previous
Next Post »
0 Komentar