Bayi mati kelaparan, ibunya yang sibuk berjoli sakan dengan teman lelaki
Sikap tidak bertanggungjawab seorang wanita yang tidak bertanggungjawab menyebabkan bayi lelakinya meninggal dunia kerana diabaikan, lapor ET Today.
Dalam kejadian di Taipei, Taiwan, bayi berusia dua tahun ditemui mati dalam tandas di rumah yang disewa oleh ibunya bersama dengan teman lelakinya.
Pada mulanya, Lin, 20, tinggal bersama dengan bekas teman lelakinya yang merupakan bapa kepada bayi berkenaan.
Bagaimanapun mereka berpisah dan Lin mendapat pekerjaan baru di sebuah hotel kelab malam, lalu pindah ke rumah sewa berhampiran dengan tempat kerja.
Tidak lama kemudian, Lin menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Xiao yang dikenali dari media sosial. Xiao tidak bekerja dan kerap tinggal di rumah Lin.
Difahamkan, Lin meraih pendapatan sebanyak RM5,430 sebulan dan banyak menghabiskan wang itu untuk berjoli dengan teman lelakinya.
Pada malam Jumaat 9 November, polis menerima panggilan dari kediaman Lin dan bergegas ke rumah tersebut menemui mangsa yang sudah meninggal dunia di dalam tandas.
Siasatan mendapati, mangsa telah meninggal dunia selama dua hari dan diliputi dengan najis. Polis juga mendapati Lin telah keluar bekerja dan berpesta dengan rakan-rakannya untuk beberapa hari serta mengurung anaknya dalam tandas tiga hari lalu kerana mangsa menangis tanpa henti sebelum dia keluar.
Tiada tanda yang menunjukkan mangsa trauma tetapi polis percaya mangsa mati kelaparan kerana beratnya pada waktu itu hanya enam kilogram sahaja, berbanding di usianya sepatutnya mencapai berat kira-kira 14 kilogram.
Polis berkata, mangsa sangat kurus sehingga boleh nampak tulangnya, seperti sudah lama tidak diberi makanan yang sempurna hampir setengah tahun.
Difahamkan, mangsa juga mempunyai seorang kakak sebelum ini tetapi telah meninggal dunia setengah tahun yang lalu yang juga didakwa berpunca dari kelaparan.
Perkara itu berlaku kerana Lin tidak membeli susu formula untuk anaknya tetapi hanya menyuap mangsa dengan sisa makanan yang dimakan oleh dia dan teman lelakinya.
Ketika ditanya, Xiao berkata dia tidak tahu menahu tentang anak teman wanitanya itu dan kata itu bukan anaknya serta menegaskan kejadian itu tiada kena mengena dengan dia.
Pasangan itu langsung tidak melaporkan kematian mangsa, sebaliknya pergi berjalan dengan rakan-rakan mereka di taman berhampiran selama dua jam.
Polis turut mendapati, keluarga Lin yang tinggal di Chiayi tidak mahu membantunya membesarkan mangsa. Kes masih dalam siasatan.
Sumber: World of Buzz, ET Today
0 Komentar