Guru tertayang video lucah dalam kelas
Difahamkan, guru terbabit memainkan sebuah video untuk tontonan pelajar kelasnya sebelum dia meninggalkan kelas itu ketika video itu sedang dimainkan. Malangnya, guru itu telah memainkan video yang salah.
Keadaan kelas menjadi kecoh, ada pelajar lelaki yang menjerit dan bersorak, manakala segelintir pelajar perempuan pula menutup wajah mereka dengan buku kerana malu melihat adegan dewasa itu.
Hairan dengan kekecohan yang datang dari kelasnya, guru itu datang untuk meninjau keadaan dan terkejut apabila mendapati video tersebut ditayangkan di papan layar projektor.
Guru terbabit bergegas menutup video tersebut, akan tetapi kejadian itu telah dirakam oleh salah seorang pelajar kelasnya yang kemudian memuat naik video itu di media sosial.
Bagaimanapun, ada netizen berpendapat bahawa berkemungkinan ada pelajar nakal yang telah mensabotaj guru terbabit.
Sumber: Daily Mail, mStar Online
0 Komentar