'26 produk KitKat dari Jepun tidak selamat untuk pengguna muslim' - Halal Japan

December 06, 2018

'26 produk KitKat dari Jepun tidak selamat untuk pengguna muslim' - Halal Japan


Laman Facebook Halal Japan hari ini mendedahkan sebanyak 26 produk KitKat dari Jepun adalah tidak selamat untuk dimakan oleh pengguna beragama Islam. 

Menurut laman berkenaan, pihaknya telah menghubungi Nestle Jepun di mana mereka dimaklumkan bahawa produk-produk tersebut mengandungi bahan-bahan berasaskan lembu dan khinzir. 


"Selepas menghubungi pihak Nestle Jepun secara emel dan panggilan telefon, mengenai produk KitKat, mereka memaklumkan bahawa KitKat mengandungi bahan yang tidak selamat (bahan berasaskan lembu dan khinzir) untuk pengguna muslim. 

"Produk KitKat yang tidak mengandungi bahan-bahan tersebut bercampur bersama semasa proses pengeluaran. 

"Kesimpulannya, produk Nestle KitKat Jepun adalah tidak selamat untuk pengguna beragama Islam," kata laman berkenaan. 






Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau makan produk KitKat yang dibeli dari Jepun. 

Previous
Next Post »
0 Komentar