'Bertahun kulit muka teruk camni sebab salah skincare, tapi sekarang Alhamdulillah'

December 05, 2018

'Bertahun kulit muka teruk camni sebab salah skincare, tapi sekarang Alhamdulillah'


Jerawat teruk, bernanah, muka berminyak sehingga meninggalkan parut merupakan masalah yang dihadapi kebanyakan orang. Pelbagai produk skincare, rawatan dicuba namun bukan semua yang berjaya memulihkan kembali kulit muka kepada normal. Ada yang sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit, tetapi hasilnya juga belum pasti berkekalan. 

Jadi, apakah solusi yang bersesuaian sebenarnya? Segala perkongsian penjagaan kulit muka dengan produk-produk yang disyorkan tidak memberi jaminan 100%, kerana ia mengikut kesesuaian kulit anda. Tetapi tidak salah untuk anda mencuba dan paling penting, hentikan terus penggunaan produk berkenaan sekiranya kulit muka mula mendapat tanda-tanda yang tidak sepatutnya. 

ALHAMDULILLAH, semakin pulih. Terima kasih Kak Iman Abdul Rahim for the tips. Bertahun juga kulit teruk begini. Start dengan hydrate and I start guna produk The Ordinary bila nampak tweet Kak Iman. 

This is my skin condition during raya hari tu. Break out teruk. Sebab? Salah skincare. Macam-macam produk dicuba pada masa ini, bekam pun pernah try. 









Then, I ambil keputusan nak pergi facial. Ini kulit selepas buat facial. To be honest, ini first time buat facial. 

Ramai tegur dan kata jerawat itu dah menipis dan kulit bersih sikit berbanding sebelum ini. Tapi tak lama, selepas itu jerawat naik balik. Then I malas dah nak pergi facial. I putuskan nak pergi jumpa doktor terus. 



I pergi Hospital Serdang masa itu dan doktor bagi dua krim ini. Then doktor tanya sama ada I nak buat tester pada skin I tak, sebab doktor tengah buat research about acne. 

Hospital Serdang nak ambil satu teknologi atau ubat dari luar (US kalau tak silap). Negara lain semua dah berjaya/lulus. Malaysia baru saja nak ambil ubat/teknologi ini dan dia tanya jika I berminat nak menjadi tester FOC. Masa itu I setuju saja sebab dah teruk kan?


Pakai ubat yang doktor bagi itu sekejap saja sebab skin rasa burn sikit. Masa ini I fikir nak cuba tukar skincare pula. 



1. My first to produk yang I try. So far Alhamdulillah it's works on my skin! Salicylic Acid (SA) masa itu pakai sekali then skip. Pakai, skip. Sampai kulit boleh terima baru I apply setiap hari. I pakai ni malam dan area breakout saja. 

2. I pakai Niacinamide sebab kulit saya rasa berminyak sangat bila bangun dari tidur. This one I pakai setiap malam, but bila pakai salicylid, I tak pakai Nia. Bila pakai Niacinamide ini dah tak rasa gatal dan minyak kurang. Lama-lama jerawat makin menipis. 


Ini skin condition bulan lepas. Dua botol SA dan dua botol Niacinamide. Jerawat pasir saja yang tinggal. Yang nanah semua dah kering. Actually parut ada lagi masa ni tapi I pakai foundation sikit. Jadi, tak nampak sangat. 


Bila jerawat teruk yang nanah itu dah kering, baru I stop pakai salicylic. I tukar pakai Alpha Arbutin pula untuk menghilangkan parut. Niacinamide dah jadi benda wajib sebab kulit I masih berminyak di sesetengah tempat. 

So this is my skin now. Alhamdulillah. 


My daily routine:
  • Cleanser HL
  • Toner HL
  • Niacinamide
  • Alpha Arbutin
  • Sunscreen


"Jumpa pakar kulit dan ambil roaccutane 6-8 months?" 

Yup, pernah ada yang cadangkan tetapi I tak berani nak makan ubat-ubat camtu. So Alhamdulillah, cubaan untuk tukar skincare berjaya. 

Night routine guys! Paling urang dua kali seminggu wajib ber-mask. Kalau rajin, setiap malam nak pakai. That's why stock I sendiri pun tak kurang 30 pieces per month. 


Previous
Next Post »
0 Komentar