Lawan arus, langgar lampu isyarat dan cabar polis rupanya...

December 04, 2018

Lawan arus, langgar lampu isyarat dan cabar polis rupanya...


Semalam viral video seorang anggota polis memukul remaja lelaki di sebuah premis di Presint 5, Putrajaya. Netizen yang tidak mengetahui cerita sebenar bagaimanapun memilih untuk mengecam tindakan anggota terbabit. 

Bagaimanapun, berdasarkan fakta kes sebenarnya, remaja terbabit dilaporkan bertindak mencabar polis terlebih dahulu dalam kejadian di Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya, sebelum dikejar sehingga berjaya ditahan. 

Difahamkan, unit peronda berkenaan menerima panggilan dari pusat untuk membantu unit rondaan lain bagi membuat rondaan pemantauan cegah lumba haram oleh kumpulan-kumpulan motosikal di Jambatan Seri Gemilang dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Apabila tiba di lokasi, unit peronda terbabit telah mengekori sebuah motosikal ditunggang dua remaja lelaki yang menunggang melawan arus dan melanggar lampu isyarat selain mencabar anggota polis dengan membuat bising. 

Motosikal itu kemudian memecut laju masuk ke kawasan Medan Seri Empangan sehingga terbabas lalu merempuh meja, kerusi di restoran Ikan Bakar Seri Empangan dan hampir melanggar 4-5 pekerja di situ. 


Dua suspek berkenaan cuba melarikan diri tetapi berlaku pergelutan dan remaja itu bertindak secara agresif ketika cuba ditahan. Namun anggota terbabit berjaya menenangkan mereka sebelum ditangkap. 

"Tiada sebarang laporan polis dibuat oleh orang awam dan kejadian itu telah diselesaikan secara baik. 

"Video tersebut telah dirakam dan disebarkan oleh seorang pekerja Medan Seri Empangan," kata sumber. 

BERITA BERKAITAN:

Previous
Next Post »
0 Komentar