'Rupanya dia dah tukar dengan iPhone yang rosak!' - Rugi RM800 diperdaya scammer konon nak jual iPhone 7 Plus murah

December 14, 2018

'Rupanya dia dah tukar dengan iPhone yang rosak!' - Rugi RM800 diperdaya scammer konon nak jual iPhone 7 Plus murah


Terperdaya dengan tawaran murah iPhone terpakai, seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM800 selepas diperdaya scammer. 

Dalam kejadian di depan premis dobi layan diri, Asyraf Omey, yang juga pemilik kedai membaiki telefon, didatangi seorang lelaki yang mahu menjual iPhone dengan harga RM800. 

"Ada lelaki tahan, kata nak jual iPhone 7 Plus RM800. Diperiksa, panggil dua orang kawan periksa telefon itu, semua okay. Masa nak bayar, dia kata dia tak pandai cakap Melayu, pandai cakap Cina saja," katanya. 

Menurut Asyraf, nombor imei telefon itu juga adalah tulen dan mereka sempat menyalin nombor berkenaan bersama nombor siri serta merakam gambar lelaki terbabit. 

"Masa nak bayar itu, dia cepat-cepat suruh masuk dalam kedai. Selepas itu dia berlari masuk dalam kereta, tiba-tiba mak saya masuk dalam kedai, saya suruh member on iPhone itu. Sekali tengok, iPhone itu dah tak hidup. Rupanya dia dah tukar iPhone itu. Segalanya berlaku dengan pantas," katanya. 

Ekoran kejadian itu, Asyraf membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut. 

"Kalau saya tak buat report, sampai bila dia nak menipu orang?" katanya. 



Sementara itu, netizen yang pernah menjadi mangsa sindiket penjualan telefon palsu ini mendedahkan, kejadian seumpama itu turut berlaku di Johor Bahru di sekitar Angsana, City Square dan Skudai Parade.

Selain itu, modus operandi yang sama pernah dikesan berlaku di Kuala Lumpur iaitu di Sogo dan Sunway Pyramid. 

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan helah scammer yang kononnya mahu menjual telefon terpakai dengan harga murah. 

Sumber: @Annazrulan

Previous
Next Post »
0 Komentar