Tergamak bunuh isteri sebab nak tuntut insurans RM18.2 juta

December 12, 2018

Tergamak bunuh isteri sebab nak tuntut insurans RM18.2 juta


Kejam! Seorang lelaki tergamak membunuh isterinya ketika mereka sekeluarga bercuti di Phuket, selepas membeli insurans bernilai 30 juta Yuan (RM18.2 juta) di atas nama mangsa. 

Suspek, Zhang Weifan, membawa isteri, Xiaojie, dan anak perempuan mereka berusia 20 tahun ke sebuah resort di Thailand pada hujung Oktober lalu. 

Pada hari ketiga, ibu bapa Xiaojie menerima panggilan dari besan mereka di mana Zhang memaklumkan Xiaojie lemas dalam kolam renang di hotel. 

Menurut laporan The Paper, ibu bapa Xiaojie berasa curiga dengan kematian mangsa kerana setahu mereka, mangsa mempunyai kemahiran yang baik dalam aktiviti renang. 

Selepas melaporkan kematian isterinya, Zhang kembali ke Tianjin di mana dia terpaksa berdepan dengan mertuanya yang berasa curiga, selain dipaksa menemani mereka kembali ke Phuket. 

Tiba di Thailand, mereka dibenarkan untuk melihat mayat mangsa dan mendapati terdapat kesan lebam sebelum membuat laporan polis terhadap Zhang. 

Ketika disoal siasat, Zhang mengaku menenggelamkan kepala mangsa ke dalam air sehingga lemas. 


Ibu bapa mangsa juga mendapati, sebelum kejadian itu berlaku, Zhang ada membeli insurans untuk isterinya yang bernilai 30 juta Yuan. Selain itu, mereka juga mengambil kesempatan untuk memeriksa komputer Zhang yang ketika itu berpura-pura keluar bekerja (penganggur) menemui sejumlah besar video lucah. 

Ibu bapa Xiaojie kini menuntut Zhang diekstradisikan dari Thailand dan difahamkan Zhang berdepan dengan hukuman mati jika dibicarakan di China. 

Sumber: Shanghaiist

Previous
Next Post »
0 Komentar