(Video) 'Astagfirullah hal a'dzim, boleh pecah tu!' - Netizen kesal staff KLIA lempar kotak air zam-zam milik jemaah umrah

December 12, 2018

(Video) 'Astagfirullah hal a'dzim, boleh pecah tu!' - Netizen kesal staff KLIA lempar kotak air zam-zam milik jemaah umrah


Sebelum ini, pelbagai rungutan dan aduan yang telah diajukan oleh netizen mengenai kes seumpama ini. Setelah tular, kes seperti ini diambil tindakan. Tetapi, setelah sekian lama, ianya berulang kembali. 

Semalam tular di media sosial satu video berdurasi 12 saat yang menunjukkan seorang petugas KLIA mencampakkan beberapa kotak air zam-zam. Berdasarkan video tersebut, kelihatan beberapa kotak air zam-zam dicampak dan dikumpulkan di satu sudut.

"Kejadian hari ini di KLIA. Penat maca mana sekalipun, tak wajar tunjuk marah sebegitu rupa dengan melempar air zam-zam milik jemaah umrah ke lantai tanpa rasa segan dan hormat. Malah ia dibuat di depan orang ramai yang sudah tentu di depan jemaah umrah yang empunya air zam-zam. 

"Kita tak bermaksud nak hukum staf KLIA tersebut, tapi jelas perbuatan dia menyalahi SOP KLIA," tulis Zahari Basharuddin di Facebooknya.


Tindakan petugas tersebut telah mencetuskan reaksi marah netizen dan berpendapat tidak seharusnya petugas tersebut bertindak sedemikian walaupun dalam keadaan penat sekalipun. Ada juga yang berpendapat, petugas di KLIA masih tidak menjalankan tugasnya dengan profesional tidak seperti petugas-petugas di negara lain. 

Bayangkan jemaah umrah membelinya dengan keadaan yang elok, dan sudah pastinya air zam-zam diniatkan untuk dihidangkan kepada saudara mara, tetapi alangkah kecewanya mereka bila mendapati ada beberapa botol air yang sudah pecah.

"Tak kisahlah kau penat kerja ke, apa ke, tapi kau tak ada hak nak buat macam itu wahai staff yang tak bertauliah! Semoga kau kena tindakan atau dibuang kerjalah sebaiknya. Itu air zam-zam! Biadab betul!" - Faa Gzli. 

"Harap pihak KLIA ambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja yang tidak ada adab ini," - Shahz.

Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 382,000 kali dan 10,909 shares.

Previous
Next Post »
0 Komentar