(Video) 'Dia berani sebab tengok saya ni perempuan' - Nyaris diserang dengan parang oleh samseng jalan raya

December 12, 2018

(Video) 'Dia berani sebab tengok saya ni perempuan' - Nyaris diserang dengan parang oleh samseng jalan raya


Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila dia cuba diserang oleh lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian jam 6.34 petang di Gombak, semalam. 

Mangsa yang mendedahkan kejadian itu di Twitter berkata, lelaki itu bukan sahaja hampir menyebabkan dia mengalami kemalangan, malah dengan berani cuba menyerangnya dengan parang. 

Salam @PDRMsia, sila siasat individu berkenaan. Simpan parang dalam kereta motif untuk menyerang orang. Lagi-lagi dia tahu saya perempuan. 

Memandangkan orang kata, "Dia takkan jadi macam tu kalau tak ada punca," okey, saya ceritakan apa yang berlaku. 

Saya turun bukit dari traffic light Taman Sri Gombak. Di situ hanya ada dua lorong sahaja. Kereta depan saya ini tiba-tiba nak masuk ke simpang kanan. Selepas itu saya nak masuk ke lorong kiri, tiba-tiba dia memandu laju dan mencucuk saya. Saya tak boleh nak brek atau elak sebab takut terlanggar kereta di sebelah kanan. 

Dia terus mencucuk kereta saya. Selepas kejadian itu, saya buka tingkap (sebab kereta tak ada hon) dan saya tunjuk tumbs up. Kemudian dia pecut pergi ke sebelah kereta saya.

Dia buka tingkap dan memaki saya. Saya buka tingkap dan menjerit, "Bodoh ke?". Saya marah sebab kalau terjadi apa-apa, nak salahkan siapa? 

Dan dia pula menjerit, "P***mak, aku tak langgar kau pun!" 

Saya balas balik, "Habis tu nak kena langgar dulu ke macam mana!!" 

Kemudian dia menghimpit kereta saya ke kanan, dia potong kereta saya dan main brek. Memang p***mak weh dengan kereta tak ada hon, kau expect apa? 

Dan kebetulan di depan pula jalan sesak, dia berhenti dan di sinilah saatnya saya merakam video ini. 




Cerita kat sini sekarang, dia berani sebab dia tengok saya ini perempuan. Selepas saya rekod dia buat begitu, baru dia berpatah balik masuk ke kereta? Ingat nak pecahkan kereta terus, baru gangster kan?? 

Susulan viralnya tweet itu, pengendali Twitter Polis Diraja Malaysia menasihatkan mangsa tampil membuat laporan polis di balai berhampiran agar tindakan lanjut dapat diambil. 

Previous
Next Post »
0 Komentar