'Biadabnya komen korang...' - Netizen selar individu biadab persenda Sabah/Sarawak

March 17, 2019

'Biadabnya komen korang...' - Netizen selar individu biadab persenda Sabah/Sarawak


Semalam Berita Harian melaporkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menggugurkan istilah 'negeri' sekiranya pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan mendapat sokongan di Dewan Rakyat. 

Beliau berkata, pengiktirafan itu hanya akan dilakukan apabila tiba masanya. 

"Ketika ini apa yang penting ialah perkara dimeterai dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana rakyat Sabah sudah lama menunggu.

"Ada antara perkara tidak ditunaikan dan sebahagiannya seperti dalam Perlembagaan itu (Perkara 1(2) yang penting kepada kita, agar kedudukan Sabah dan Sarawak diiktiraf seperti dulu.

"Walaupun kita tahu (Sabah dan Sarawak) bukan lagi sebuah negara kerana kita adalah Malaysia, tetapi ia membabitkan wilayah yang ada kelainan sedikit dari segi kedudukannya," katanya. 

Terdahulu pada 8 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong, berkata kerajaan bersetuju membuat pindaan dalam Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan bagi menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dengan Semenanjung.

Sementara itu, ramai netizen yang memuat naik komen yang biadab berhubung laporan berita itu di mana ada yang bertindak 'menghalau' Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan tindakan dua negeri itu yang menuntut pelbagai perkara. 

Tidak kurang juga, ada mendakwa negeri Sabah dan Sarawak tidak akan maju sekiranya tiadanya bantuan dari Semenanjung. 




Lebih teruk lagi, individu bernama Zoratobu Sajiu mendakwa Semenanjung sudah terlalu banyak berlembut dengan Sabah dan Sarawak, serta meminta segala mata wang, fasiliti kerajaan, jalan raya dan apa-apa sahaja usaha kerajaan pusat pada dua negeri itu dikembalikan. 


Kebiadaban golongan terbabit diselar oleh netizen lain baik dari Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. 

Previous
Next Post »
0 Komentar