'Emak mula kurang bercakap selepas adik pindah ke rumah' - Anak kedua
Anak kedua warga emas berusia 64 tahun yang cedera dipercayai didera dua anak kandung dan menantunya sendiri baru-baru ini mendakwa ibunya mungkin sudah didera sejak empat bulan lalu.
Menurut dia yang baru mengetahui kejadian itu berkata, ibunya yang sebelum ini rajin bercakap dengan mereka tetapi kini berubah menjadi pendiam semenjak adik perempuan dan adik lelaki berusia 32 tahun bersama dengan isterinya, 28, tinggal di rumah itu.
Difahamkan, mangsa terdahulu tinggal bersama dengan anak bongsunya berusia 30 tahun dan pada ketika itu dia rajin bercakap dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mengalami kemurungan.
Namun anak bongsunya kemudian berpindah dan menetap di Butterworth, Pulau Pinang, tanpa diketahui sebabnya sebelum kakaknya dari Parit Buntar berpindah ke rumah mangsa kerana mengandung dan memerlukan rawatan di Hospital Bukit Mertajam.
Tidak lama selepas itu, adik keempat bersama dengan isteirnya berpindah masuk dan perkara itu menimbulkan tanda tanya kerana pasangan itu mempunyai unit sendiri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan itu.
Semenjak dari itulah anak kedua yang menetap di Bagan Lalang perasan dengan perubahan sikap ibunya tidak seperti dahulu di mana dia rajin bercakap, bercerita seperti selalu.
Hasil siasatan JKM mendapati, menantu mangsa merupakan OKU dan mereka sekeluarga sering mendapat ihsan orang ramai serta bantuan daripada JKM dan Zakat Pulau Pinang.
Sementara itu, pihak JKM belum dapat mengambil sebarang tindakan kerana kes itu masih dalam siasatan polis. JKM juga akan meneliti laporan pemeriksaan mental yang dilakukan ke atas mangsa untuk memudahkan itndakan sewajarnya diambil.
Sumber: Harian Metro
0 Komentar