Pukul isteri dengan bakul pakaian, suami berdepan hukuman penjara 10 tahun

March 18, 2019

Pukul isteri dengan bakul pakaian, suami berdepan hukuman penjara 10 tahun


Gara-gara mencederakan isteri menggunakan sebuah bakul baju, seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam, lapor Astro Awani

Bagaimanapun, tertuduh, Uzair Abd Kadir, 42, membuat pengakuan tidak bersalah selepas jurubahasa membaca pertuduhan itu di hadapan majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim. 

Berdasarkan pertuduhan, Uzair didakwa memukul isterinya, Noor Delaila Daud, 35, dengan menggunakan sebuah bakul baju sehingga mendatangkan kecederaan pada jam 9 pagi, 13 Februari lalu di kediaman mereka di Pantai Peringgit, Melaka. 

Jika disabitkan bersalah, Uzair boleh dipenjara selama 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 326(a) akta sama. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin yang mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000. 

Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia perlu menanggung keluarga. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dan kes disebut semula pada 7 Mei ini.

Previous
Next Post »
0 Komentar