'Setiap pagi dia keluar kutip sampah dari Tanah Rata ke Balai Polis Brinchang' - Netizen kagum dengan lelaki Jepun ini

March 18, 2019

'Setiap pagi dia keluar kutip sampah dari Tanah Rata ke Balai Polis Brinchang' - Netizen kagum dengan lelaki Jepun ini


Rakyat Jepun sememangnya terkenal dengan sikap yang berdisiplin dan mementingkan kebersihan sama ada di negara sendiri mahupun ketika mereka berada di negara lain. 

Tahun lalu, mereka juga menjadi bualan netizen serata dunia berikutan tindakan mereka mengutip sampah sarap yang ditinggalkan di stadium dalam setiap perlawanan yang mereka hadiri. 

Malah, pasukan bola sepak antarabangsa mereka juga membersihkan bilik locker sebelum meninggalkan stadium selepas tewas kepada Belgium dalam perlawanan Piala Dunia. 



Dalam video viral baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki warga Jepun membersihkan jalan raya di Cameron Highlands dan ramai netizen kagum dengan tindakannya itu. 

Menurut individu yang berkongsi mengenai perkara itu di Twitter berkata, sudah menjadi rutin bagi lelaki itu untuk membersihkan jalan raya bermula dari jam 6.30 pagi dari Tanah Rata ke Balai Polis Brinchang. 



Ramai netizen yang memuji lelaki itu dan menyarankan rakyat Malaysia mencontohi sikap lelaki berkenaan. 

Tidak kurang juga ada yang malu dengan sikap masyarakat Malaysia sendiri yang tidak mengutamakan kebersihan dengan membuang sampah sarap di merata-rata tempat. 

Previous
Next Post »
0 Komentar