Terminum air asid ketika bermain PUBG Mobile
Seorang peminat tegar permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile secara tidak sengaja terminum air asid kerana menyangka botol yang dipegangnya itu adalah botol air minuman biasa.
Dr Manan Gogiya yang menyelamatkan mangsa berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bermain permainan popular tersebut.
"Botol asid itu diletak berhampirannya. Ketika sedang leka bermain game itu, dia secara tidak sengaja terminum air asid kerana menyangka botol itu botol air.
"Keadaannya parah dan dikejarkan ke hospital," katanya.
Dr Gogiya yang melakukan pembedahan ke atas mangsa juga berkongsi bahawa usus mangsa penuh dengan ulser, namun dia menunjukkan tanda-tanda untuk pulih semula selepas dibedah.
"Sewaktu dirawat, dia sibuk bermain game di telefonnya. Bila dia tak bermain game, dia menonton video melalui peranti yang sama," katanya.
Sumber: World of Buzz
0 Komentar