(Video) 'Dia kata Tuhan yang ajar dia cara untuk mencuri' - Pembantu rumah kantoi curi duit majikan
Video pendedahan itu dirakam dan dimuat naik oleh salah seorang majikannya di Facebook, sebelum mereka menghantarnya pulang ke negara asal pada 2 Mac.
Berdasarkan video tersebut, majikan meminta pembantu rumah itu membuka dua kotak minuman itu, tetapi dia enggan berbuat demikian.
Majikannya kemudian membuka kotak itu dan mengeluarkan isi kandungannya yang ternyata banyak wang kertas di dalamnya.
"Adakah ini tidak cukup? Saya dah banyak kali beri awak peluang untuk mengaku kesalahan yang awak buat, tetapi awak tak pernah bersikap jujur dengan saya," kata majikannya.
Pembantu rumah itu sekadar menenung wang kertas mata wang Singapura dan China yang berterabur di depan tanpa berkata apa-apa.
"Lihat, inilah pembantu rumah saya yang mencuri. Malah dia juga berkata Tuhan yang ajar dia macam mana nak mencuri," kata majikannya lagi.
Difahamkan, dua majikannya berasa curiga apabila pembantu rumah mereka mahu membawa dua air kotak itu dengannya.
"Sebelum ini saya mendapati dia pernah mencuri duit tetapi dia tidak mahu mengaku," katanya di mana angpau untuk anak lelakinya berjumlah RM6,000 telah lesap dan ditukar dengan RM10 ketika perayaan tahun baru cina Februari lalu.
Sumber: AsiaOne
0 Komentar