Yazid Kong Abdullah dipenjara 7 bulan, denda RM10,000 kerana hina agama Islam
Mohamad Yazid Kong Abdullah (mualaf) dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana menghina Nabi Muhammad dan Islam dengan memuat nik kenyatan jelik di Facebook pada 24 Februai lalu.
Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu selepas Yazid, 52, mengaku bersalah. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 5 Mac lalu. Jika denda itu gagal dibayar, hukuman penjara tambahan 2 bulan akan dikenakan.
Sebelum hukuman dijatuhkan, hakim berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah sangat serius kerana menghina agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus mencabar undang-undang tertinggi dalam negara.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh menggunakan Facebook bernama Yazid Kong, memuat naik kenyataan jelik dengan niat menyakti hati pada jam 8.21 malam, 24 Februari lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asyraf Md Kamal memohon tertuduh dikenakan hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah sangat serius dan mampu mencetuskan huru hara di kalangan rakyat di negara ini.
“Perbuatan tertuduh menghina agama dan Nabi bukan perkara yang boleh dipandang remeh, lebih-lebih lagi kesalahan itu dilakukan ketika rakyat Malaysia sedang berdepan dengan sindrom penghinaan terhadap Rasulullah dan agama Islam.
“Tertuduh juga dikhuatiri untuk mengulangi kesalahan sama sekiranya hukuman ringan dikenakan berdasarkan terdapat beberapa hantaran lama yang pernah dibuat sebelum ini.
“Jadi, dengan hukuman penjara dan denda yang berat, ia boleh menjadi pengajaran bukan saja kepada tertuduh tetapi juga kepada orang awam lain supaya tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya.
Tertuduh diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh turut merayu hukuman ringan dikenakan atas alasan anak guamnya adalah penanggung tunggal dalam keluarga.
“Anak guam saya perlu menanggung perbelanjaan dua anak yang masih kecil masing-masing berusia dua dan tujuh tahun selain isteri yang tidak bekerja. “Anak guam saya juga meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam atas kesalahannya itu,” katanya.
Tertuduh yang mempunyai lima orang anak itu turut memohon ditempatkan di penjara yang membolehkan dia mempelajari ilmu agama Islam dengan lebih baik.
Sumber: Harian Metro
0 Komentar