Bapa lemaskan bayi berusia setahun kerana berang isteri pergi 'bar' tak ajak

April 19, 2019

Bapa lemaskan bayi berusia setahun kerana berang isteri pergi 'bar' tak ajak


Tergamaknya seorang bapa membunuh bayi lelakinya berusia setahun dengan menambat kaki anaknya pada stroller sebelum ditolak ke laut kerana berang dengan isterinya yang keluar berparti tanpa mengajak dia bersama, menurut polis. 

Suspek yang berasal dari Jordan itu, Wael Nabil Salman Zureikat, tiba di Pattaya, Thailand dengan pasangannya tetapi tidak berpuas hati apabila mengetahui wanita itu pergi ke bar bersendirian dan meninggalkan dia untuk menjaga mangsa. 

Ekoran itu, suspek berusia 52 tahun itu mengambil keputusan untuk membunuh bayi lelaki mereka dengan mengikat kakinya pada stroller dan dibiarkan lemas di laut pada kejadian pertengahan Mac lalu. 


Mayat mangsa ditemui di laut oleh penduduk tempatan yang pada awalnya menyangka mayat mangsa adalah patung mainan. 

Polis tiba di tempat kejadian dan mendapati mayat mangsa masih terikat pada stroller tersebut. 

Susulan penemuan itu, polis melakukan siasatan dan mengesan bapa mangsa. 

Pengendali bot berkelajuan tinggi, Songsee SUnthornchai, 28, berkata, "Masa itu saya sedang membawa pelancong ke pulau dan dalam perjalanan pulang saya ternampak objek terapung di permukaan laut. 

"Saya ingatkan patung mainan, tetapi bila didekati, rupanya mayat bayi lelaki dan saya terus menghubungi pihak polis," katanya. 


Zureikat berjaya ditahan pihak berkuasa yang ketika cuba melarikan diri dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok. 

Siasatan awal mendapati, suspek terus pulang ke hotel selepas melemaskan anaknya itu. Terbit rasa penyesalan dalam dirinya tetapi sudah terlambat. 

Apabila isterinya tidak dapat mencari mangsa, Zureikat tidak memberitahu apa sebenarnya yang berlaku. 

Ketika disoal siasat, Zureikat mengaku telah membunuh anaknya. 

Sumber: Daily Mail

Previous
Next Post »
0 Komentar