'Jangan nak buat duit atas nama arwah & lagu-lagu dia' - Isteri arwah Saleem beri amaran

April 19, 2019

'Jangan nak buat duit atas nama arwah & lagu-lagu dia' - Isteri arwah Saleem beri amaran


Umum mengetahui kemelut yang melanda di antara Syafiq Farhain dengan ibu tirinya, Julia Bachok, semasa arwah masih hidup. 

Namun Julia hari ini menjelaskan bahawa dia sebenarnya tiada masalah dengan anak tirinya itu, sebaliknya masalah itu berpunca dari syarikat rakaman yang didakwa mengambil kesempatan mempromosikan Syafiq dengan menggunakan nama suaminya tanpa bayaran royalti. 

"Sebetulnya sebelum ini, saya bukan marahkan dia. Saya marahkan syarikat. Sekalipun mereka nak guna nama arwah izinkan tapi mereka perlu bayar. Saya pun perlukan duit nak hidup. 

"Lagipun saya fikir mungkin Syafiq masih muda. Kami bukan bergaduh pun dan kami boleh bergambar bersama," katanya memetik laporan dari mStar Online hari ini. 

Bagi Julia, mana-mana pihak yang mahu membuat duit menggunakan nama arwah suaminya perlu meminta keizinan dari dia terlebih dahulu atau berdepan dengan tindakan undang-undang jika gagal berbuat demikian. 

"Jangan nak buat duit atas nama arwah dan lagu-lagu dia. Mereka perlu berbincang dengan saya terlebih dahulu. Saya tak nak orang lain ambil keuntungan tanpa pengetahuan saya sebab arwah masih ada anak yang memerlukan dana untuk belajar. 

"Saya bukan tak kasi mereka menyanyikan lagi arwah tetapi harus meminta izin daripada saya terlebih dahulu. 

"Sudah hampir 30 tahun saya dalam industri dan saya tahu selok-beloknya. Mereka cuma perlu minta izin saja," katanya. 

Allahyarham Saleem meninggal dunia pada 14 Oktober lalu selepas sebulan terlantar akibat kemalangan jalan raya. 

Sumber: mStar Online

Previous
Next Post »
0 Komentar