Budak berlari & tertusuk chopstick dalam mulut
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahu dari Jiangxi, China dikejarkan ke hospital pada 11 April lalu selepas dia secara tidak sengaja terjatuh pada kayu penyepit makanan yang dipegang di tangan.
Difahamkan, mangsa sebelum itu berlari di ruang tamu ketika keluarganya sedang menikmati makan malam.
Lapor AsiaOne, kayu penyepit itu tertusuk dalam mulut sehingga menembusi tengkorak mangsa.
Ibu bapa mangsa segera membawa mangsa ke hospital berdekatan dengan kediaman mereka.
Sebaik tiba di hospital, keluaga mangsa mendapati keadaan mangsa sebenarnya sangat kritikal di mana kayu penyepit itu tertusuk begitu dalam sehingga hujungnya dapat dirasai di belakang leher mangsa.
Selepas melihat imbasan x-ray, doktor menyarankan mangsa perlu dibedah segera dan dipindahkan ke hospital lain di wilayah Hunan.
CT scan menunjukkan kayu penyepit berukuran 10 sentimeter itu tidak terkena pada bahagian penting dan hanya terkena pada tisu lembut sahaja.
Doktor berkata, jika kayu penyepit itu dicabut, ia boleh mendatangkan risiko yang tinggi. Oleh kerana tiada pilihan lain, doktor melakukan pembedahan itu dan berjaya mengeluarkan kayu penyepit itu tanpa sebarang masalah.
Mangsa kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih perlu dipantau kerana bimbang sekiranya berlaku sebarang komplikasi lain.
Sumber: Next Shark
0 Komentar