'Kau tu kotor, jijik, cacat pun dah' - Isteri dakwa dihina & diabaikan selepas kemalangan, namun suami nafi semua dakwaan itu
Viral di media sosial, luahan hati seorang isteri yang mendakwa dia dihina dan diabaikan oleh suaminya selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia cedera teruk. Azreena Natasha mendakwa, suaminya itu berubah sikap selepas kejadian itu.
Namun, lelaki terbabit tampil menafikan dakwaan itu dan apa yang berlaku adalah berpunca dari keluarga isterinya sendiri yang meminta perceraian itu selepas mengetahui mereka terlibat dalam kemalangan.
BACA DULU LUAHAN AZREENA NATASHA
I FEEL this now. I had accident with my husband 11 Mac 2019. Dia bawa motosikal, saya bonceng di belakang. Dia tunggang dengan laju sambil main handphone. Kereta dari arah depan datang dan dia hilang kawalan.
Saya tercampak di atas kereta dan patah tulang kaki kiri, tangan kanan dan hancur muka. Tetapi dia... okey saja, tidak mengalami kecederaan.
Saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama beberapa hari. Apabila saya sedar, saya dapat tahu suami balik ke Kuala Lumpur dengan ibu bapanya yang datang ke Pulau Pinang selepas mendapat berita kami terlibat dalam kemalangan.
Mereka pulang ke Kuala Lumpur pada 13 Mac dan dia bawa bayi kami dan sejak daripada itu, saya tidak pernah berjumpa dengan suami dan anak sehingga hari ini (15 April 2019) sebab suami saya tidak pernah datang melawat.
Dia kerap kali berkata yang dia nak bercerai apa semua dan dia reka cerita tentang saya yang bukan-bukan kepada ibu bapanya sampai mereka pun membenci dan menyekat nombor telefon saya.
Masa itu, minggu kedua saya terlantar di hospital kerana menunggu waktu untuk menjalani pembedahan tangan, kaki dan muka yang patah tulang.
Kawan-kawan mula beritahu yang suami saya keluar dengan perempuan lain, siap ambil gambar dan upload di Instagram.
Selepas seminggu sesudah menjalani pembedahan, Alhamdulillah, saya dibenarkan pulang ke rumah pada 29 MAc 2019. Tetapi kena duduk di atas kerusi roda sebab tidak boleh berjalan dan saya masih menghubungi suami melalui WhatsApp atau Instagram sebab adakalanya dia block saya di Instagram, kemudian WhatsApp.
Jadi, semasa WhatsApp dengan dia itulah.. tak tahulah sama ada dia mungkin sengaja menyakitkan hati ini sebab saya cakap dia kata nak kitorang bercerai nanti ataupun dia nak buat saya down supaya saya lemah untuk sembuh dari berjalan semula atau lain. Saya tak tahu.
Dia sendiri siap beritahu dia ambil gambar dengan perempuan itu ketika dia sedang berprivate party, check in hotel dan tidur dengan perempuan itu pada 6 April. Tapi dia kata dia tak buat apa-apa sebab ramai orang dan perempuan itu 'budak baik'. Okey, ini kisah satu.
Kisah kedua, dia datang ke Pulau Pinang beberapa hari lalu tetapi bukan untuk berjumpa dengan saya tetapi berjumpa dengan perempuan lain yang kononnya dia nak serius bercinta dengan perempuan itu. Sekali lagi, dia beritahu saya dan hantar gambar kepada saya yang dia check in hotel dengan perempuan itu. Tetapi sama ada mereka buat atau tidak, saya tidak tahu.
Bila saya tanya "You melebih ke dengan betina tu?", tiada jawapan. Setiap kali tanya soalan itu, dia cakap "Semak lah!".
Tetapi baru-baru ini dia beritahu saya, perempuan itu akan turun ke Kuala Lumpur, jadi dia akan tinggal bersama dengan perempuan itu satu malam sebab esok itu dia nak hantar perempuan itu pergi menghadiri temuduga.
Saya sebenarnya sedih tetapi bila dah jadi begini, saya sampai tak tahu nak cakap apa. Saya cuma terima saja apa yang dia buat pada waktu itu. Boleh tak bayangkan dalam keadaan saya yang terbatas untuk bergerak disebabkan patah kaki, tangan dan muka, dia tergamak buat saya begini?
Dia langsung tidak melawat saya sepanjang saya hilang keupayaan ini dan apa yang membuatkan saya benar-benar kecewa ialah, dia sanggup mengabaikan anak, tinggalkan anak semata-mata nak keluar mencari keseronokan dunia, check in dengan betina-betina itu semua.
Saya bukan tidak mahu bertindak, tetapi disebabkan keadaan diri ini yang amat terbatas. Saya hanya mampu berdiam, berdasar, solat dan berdoa kepada Allah SWT saja. Saya sekarang fokus untuk sembuhkan diri dengan cepat supaya saya dapat berjalan. Bila saya dapat berjalan, saya akan dapat buat apa yang patut terutama sekali hal berkaitan dengan anak, kemudian hak saya sebagai isteri.
Memang ambil masa untuk sembuh, tetapi saya tak putus berdoa pada Allah dicepatkan kesembuhan ini kerana 'Kun Faya Kun' bila mana Allah izinkan, maka jadilah ia.
Saya yakin pada Allah SWT. Saya tahu Allah SWT bersama isteri teraniaya dan doa orang teraniaya tiada hijab, akan terus dimakbulkan.
Lagi Allah dah berjanji perbuatan yang tidak elok pasti akan mendapat balasannya. Allah SWT akan memberi pengajaran. Allah SWT Maha Segalanya.
Dan saya mohon kepada mereka yang membaca ini, tolong doakan kesembuhan diri saya ini. Semoga proses penyembuhan tulang tangan kanan, kaki kiri serta muka ini dipercepatkan dan diri ini dapat berjalan secepatnya. Semoga tubuh badan diri ini pulih seperti keadaan asal. Ameen.
Cuma saya nak tanya, kalau korang berada di tapak kaki saya sekarang, apa yang korang lakukan? Dia sanggup menghina saya selepas dapat tahu keadaan diri saya yang hancur muka, patah tangan dan patah kaki. Allahuakbar.
Ini mesej yang saya dapat dari dia semasa minggu kedua berada di wad.
Saya kuat kerana anak-anak perempuan saya. Saya bersabar kerana anak-anak saya. Saya mahu cepat pulih, saya akan lakukan apa-apa sahaja untuk mereka. Merekalah kekuatan saya, jiwa saya, tenaga saya, segala-galanya untuk saya dan saya sayang mereka sangat-sangat. Sayang Irdina Natalia dan Adriana Natisya.
SUAMI MENAFIKAN SEGALA DAKWAAN ISTERINYA
Berdasarkan 'siasatan' netizen, lelaki terbabit ada memberikan respon berhubung kenyataan isterinya yang viral itu.
"Thank you netizen. Saya hargai dengan rasa simpati anda. Semoga Allah merahmati anda semua. Terima kasih!
"Nak viralkan aku? Haha pergi mampus. Saman malu anda menanti. See you in court," tulisnya di Instagram.
Menurut lelaki itu, semua yang didedahkan oleh Azreena Natasha adalah tidak benar sehingga mengundang pelbagai spekulasi.
"Bersabar. Kita jumpa di mahkamah. Who's your husband sis? Kau dengan mak kau sama, putar belit cerita. May Allah ease everything. Amin.
"Wahai cik puan Azreena Natasha, selepas kau accident dengan aku, mak kau yang minta perceraian. Apakah kau kejam buka aib sendiri untuk minta simpati netizen.
"Aku takkan berlaku macam ini kalau bukan disebabkan keluarga kau. Aku masih punya hati perasaan tapi mak kau yang buat keluarga kami macam ni.
"Putar beli cerita? Kita jumpa di mahkamah saja. Terima kasih." katanya.
Apa pun yang berlaku, semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan permasalahan itu dengan cara baik demi anak-anak.
Sumber: Azreena Natasha, Ajamshaz
0 Komentar